Ahmad Razif nafi serah kerusi DUN Seberang Takir kepada Khairuddin

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Laporan itu langsung tidak masuk akal, lawak, karut dan memalukan. Lebih menyedihkan apabila fitnah sedemikian disebarkan pada bulan Ramadan.

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan kononnya beliau bersedia melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Takir kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Ahmad Razif berkata, maklumat yang tular sejak semalam itu adalah fitnah semata-mata bagi menjatuhkan reputasinya sebagai ADUN. “Laporan itu langsung tidak masuk akal, lawak, karut dan memalukan. Lebih menyedihkan apabila fitnah sedemikian disebarkan pada bulan Ramadan yang mulia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular hantaran di laman Facebook kononnya Ahmad Razif akan menyerahkan kerusi DUN Seberang Takir kepada Mohd. Khairuddin yang merupakan bekas pemimpin Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 .Ahmad Razif berkata, gambar itu diambil ketika sidang akhbar yang dilakukan Mohd. Khairuddin selaku Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad dalam majlis berbuka puasa bersama ibu tunggal dan penduduk Kuala Nerus di sebuah hotel, Jumaat lalu.

“Sebagai ADUN Seberang Takir saya hanya sekadar turut hadir dalam majlis anjuran PAAB dan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan sebagaimana dilaporkan akaun Facebook itu,” katanya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines