Agong zahir takziah kepada keluarga S. Sivabalan

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Sivabalan mewakili skuad hoki kebangsaan pada era 80-an dan turut bermain untuk pasukan TNB pada era 90-an yang dikenali sebagai Kelab Kilat.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain hoki kebangsaan, S.Sivabalan yang meninggal dunia semalam.

Istana Negara menerusi catatan di akaun Facebook berkata, Seri Paduka menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini. Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Seri Paduka amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan hoki negara,” menurut kenyataan itu lagi. Sivabalan yang berusia 59 tahun rebah ketika menyertai satu acara hoki veteran di Ipoh dan tidak sedarkan diri semasa berhenti rehat pada pukul 3.30 petang.Sivabalan mewakili skuad hoki kebangsaan pada era 80-an dan turut bermain untuk pasukan Tenaga Nasional Berhad pada era 90-an yang dikenali sebagai Kelab Kilat. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.