PEKAN: Sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dan selepas itu musibah banjir, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah begitu fokus serta mengambil berat soal keselamatan dan kebajikan rakyat.
Terbaru semalam, Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyantuni mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara di daerah ini. Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong berkenan pergi ke rumah mangsa yang ditenggelami banjir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.
Ketika di PPS Pulau Rumput, Seri Paduka sempat berseloroh dengan kanak-kanak yang menjadi mangsa banjir di situ dengan meminta mereka membuka bungkusan makanan yang berikan.