Achey segerakan rawatan IVF

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Rap Achey berkata, dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya.

Achey berkata, dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya."Awal bulan Disember tahun lalu, kami merancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses itu tak boleh ada rasa tekanan atau stress.

"Sepatutnya Jun lalu, tapi kerana tuntutan kerja dan wabak Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Isteri pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ," katanya. Menurut Achey, selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah anak."Kalau dapat seorang anak angkat lagi saya ambil sahajalah dulu. Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

"Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya," katanya. Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya.Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

semoga Allah mudahkan urusan Achey dan isteri..

Moga dipermudahkan segala urusan

Kalau berkemampuan usahalah Achey moga ada rezeki

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ubah suai bilik macam ICUNew Delhi: Bukan hanya berkorban masa dan tenaga, seorang lelaki sanggup mengambil inisiatif mengubah suai ruang di dalam rumah menjadi seperti Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk isterinya yang menghidap asma.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Kakitangan TH Kota Kinabalu positif Covid-19Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan seorang kakitangannya di Kota Kinabalu dikesan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »