86 mangsa kondominium 'berkubur' di bawah runtuhan - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

operasi SAR ditamatkan secara rasmi selepas hampir dua minggu kejadian berlaku

SURFSIDE: Sekurang-kurangnya 54 mayat sudah ditemukan dan 86 lagi ‘berkubur di bawah runtuhan’ selepas pasukan kecemasan menamatkan operasi mencari serta menyelamat mangsa runtuhan kondominium Champlain Towers South.Penolong Ketua Jabatan Bomba Miami-Dade, Raide Jadallah mengesahkan perkara tersebut.

“Kami akan menamatkan operasi SAR selepas hampir dua minggu runtuhan berlaku. Kami tidak akan mencari atau menyelamat mangsa, sebaliknya kami akan melakukan kerja-kerja mengeluarkan mayat. “Kami juga mendapati peluang untuk menemukan mangsa masih hidup adalah sangat tipis dan sehingga hari ini, peluang itu sudah berakhir,” katanya.

Semalam, sebanyak lapan lagi mayat mangsa ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 54 orang dengan 33 daripadanya sudah dikenal pasti.Pengumuman Jadallah itu disambut tangisan keluarga mangsa yang masih berharap insan tersayang mereka dapat ditemukan. – AGENSI

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.