75 peratus pesawat MAB tak dapat beroperasi

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Parlimen Malaysia Airlines Berhad (MAB) kini beroperasi dengan kira-kira 75 peratus pesawatnya tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan menyebabkan kapasiti dan pendapatannya terjejas

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kesan Covid-19 terhadap industri penerbangan secara global adalah amat buruk dan MAB tidak terkecuali daripada menerima impak daripada penularan pandemik ini.

"Sebelum pandemik Covid-19 melanda, kedudukan kewangan MAB didapati telah merosot di mana prestasi kewangan Malaysia Aviation Group Berhad pada 2015 berjumlah RM1.1 bilion, RM0.7 bilion , RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion pada 2018. "Setakat 31 Ogos lalu, jumlah kecairan yang dimiliki oleh Kumpulan MAGB adalah kira-kira RM366 juta selain kira-kira RM578 juta yang tersedia untuk digunakan daripada dana yang diperuntukkan oleh Khazanah," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Jalaluddin Alias mengenaikemampuan syarikat penerbangan di Malaysia terutamanya Malaysia Airlines mampu bertahan dalam krisis ekonomi kesan daripada pandemik Covid-19.

Katanya, bagi mengatasi masalah kewangan MAGB dan MAB kerajaan akan mengadakan rundingan lanjut dengan Khazanah bagi mengenal pasti hala tuju syarikat khususnya dalam memperkukuhkan kedudukan kewangannya dan mengenal pasti penyelesaian strategik yang terbaik bagi kumpulan penerbangan itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

MAS harus mengambil pengajaran yg berharga. Apalah sgt sangkaan x berasas akan kehilangan pelanggan jika menghentikan hidangan arak dan membenarkan krew menutup aurat berbanding musibah sekarang. Carilah keberkatan Allah S.W.T dgn menjunjung perintahnya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.