7 ditahan pandu bawah pengaruh alkohol di Penampang

  • 📰 fmtoday
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 72%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Polis turut mengeluarkan 19 saman atas pelbagai kesalahan, termasuk enam daripadanya tidak memiliki lesen memandu. FMTNews

Sebanyak 91 kenderaan diperiksa dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, Penampang semalam.

PENAMPANG: Tujuh pemandu ditahan kerana memandu bawah pengaruh alkohol di Jalan Bundusan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata semua individu itu ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000 serta tidak melebihi RM30,000, jika sabit kesalahan.

“Orang awam dinasihatkan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol bagi mengelak daripada risiko kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, sepanjang operasi khas Op Mabuk itu, 91 kenderaan diperiksa dan 19 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk enam saman kerana tidak memiliki lesen memandu.Katanya, operasi itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 5. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines