68 maut banduan merusuh dalam penjara di Ecuador - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 38 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Rusuhan itu melibatkan dua kumpulan banduan yang saling 'bermusuhan'

GUAYAQUIL: Sejumlah banduan saling bergaduh dan merusuh sesama mereka menggunakan senjata api, termasuk pistol dan bahan letupan serta pisau di sebuah penjara di sini semalam.

Insiden itu menyaksikan sekurang-kurangnya 68 orang maut dan beberapa serangan dilaporkan masih berlaku dan bunyi tembakan dapat didengar di sekitar penjara berkenaan. Rusuhan itu berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan kelmarin apabila sejumlah banduan cuba memasuki Blok 2 di kompleks penjara tersebut.

Blok itu menempatkan ‘musuh’ mereka dan sebaik sahaja kawasan itu diceroboh, kumpulan banduan itu melepaskan tembakan dan meletupkan bahan letupan.Polis memaklumkan, mereka mengambil masa kira-kira sejam untuk meredakan keadaan berikutan rusuhan yang teruk dan mereka tidak mahu membahayakan nyawa anggota.

Pejabat pendakwa raya Ecuador dalam Twitter pula menyatakan, 25 banduan turut cedera dalam insiden tersebut. – AFP

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.