52 PATI lari diserbu imigresen - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 30 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, seramai 232 pekerja kilang termasuk warga asing diperiksa.

GURUN: Seramai 52 pendatang asing tanpa izin bertempiaran lari selepas penguat kuasa imigresen menyerbu sebuah kilang pembuatan besi dan logam di Jalan Bedong di sini semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, operasi yang mengambil masa lebih dua jam itu melibatkan seramai 121 orang penguat kuasa imigresen dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. “Secara keseluruhan, 232 orang pekerja telah diperiksa terdiri daripada 140 warga Malaysia , 77 Myanmar, 10 Nepal, tiga Yaman serta masing-masing seorang Indonesia dan China,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Mereka ditahan atas dua kesalahan iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas sosial dengan bekerja tanpa permit sah,” jelasnya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.