36 pengunjung termasuk warga emas, OKU terperangkap di Menara Taming Sari

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 69 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

36 pengunjung termasuk warga emas, OKU terperangkap di Menara Taming Sari BERITA NASIONAL TERKINI Tragedi

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya berjaya turun dengan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Azlan Abidin mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tanpa sebarang kecederaan.“Pelantar menara tinjau itu telah tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun ke bawah. Orang ramai tidak perlu bimbang, sekiranya pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang serius, operasi menara akan berjalan seperti biasa.

“Pasukan penyelenggara telah mengambil langkah penyelamatan awal dengan menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dengan bantuan pihak bomba,” katanya kepada pemberita. Dalam pada itu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Abd. Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 5.58 petang dan sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba pada pukul 6.05 petang dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa 5 minit. Insiden itu dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem menara dan ketika itu kita bimbang mangsa mengalami kekurangan oksigen kerana kejadian dikatakan berlaku sekitar 5.30 petang sebelum ia dilaporkan kepada pasukan penyelamat,” katanya. – UTUSAN

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Elak ditipu, jangan tunaikan kredit eBeliaRahmah, nasihat kementerianKementerian Kewangan berkata menunaikan dana tersebut melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

35 Pati warga Indonesia ditahan ketika sembunyi dalam ladang kelapa sawit | Harian MetroManjung: Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia ditahan ketika bersembunyi di ladang kelapa sawit di Segari dekat sini, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Ketua Polis Negara dekati rakyat, warga PDRM guna TikTok | Harian MetroKuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mencipta akaun media sosial TikTok bagi mendekati masyarakat dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Perketat syarat warga asing buka kedai runcitKerajaan digesa menperketatkan syarat membuka kedai runcit sekiranya serius menangani monopoli warga asing dalam sektor itu sekali gus memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk membuka perniagaan.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Warga emas dakwa tidak tidur selama 60 tahunSeorang warga emas berusia 80 tahun di Vietnam mendakwa tidak pernah tidur selama 60 tahun.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Curi besi buruk dari tongkang, lima warga asing ditahan | Harian MetroKota Tinggi : Lima lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencuri besi buruk dari sebuah tongkang, pada kedudukan 4.2 batu nautika tenggara Tanjung Stofa, Pengerang di sini, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »