Mustaqim memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman membersihkan papan gelongsor dan kawasan sekitar taman permainan.
Mustaqim yang bertugas sebagai pemandu peribadi berkata, kerja pembersihan itu dilakukan ketika terbabit aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu. “Kebetulan saya terbabit dalam gotong-royong, jadi saya ambil kesempatan membersihkan peralatan di taman permainan.
“Aspek kebersihan tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih ketika musim wabak koronavirus baharu. Jadi, saya habiskan masa tiga jam di situ walaupun ada mempersoalkan apa yang saya buat,” katanya, semalam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »