3 anggota polis antara tujuh didakwa menyamun

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Georgetown Tujuh lelaki termasuk tiga anggota polis mengaku tidak bersalah hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan dengan menggunakan pistol di sebuah premis pengurup wang, minggu lalu.

Tertuduh terdiri Lans Koperal Nazarudin Abdul Manan, 36; Koperal Khairul Hisham Hamzah, 42; dan Koperal Wan Abd Rahim Md Shariff, 36, yang bertugas di Perak serta Wan Abd Rahman Md Shariff, 36; Mohamad Sahar Ismail, 43, dan dua warga Indonesia Guno Sutowo, 24, serta Iis Sutejo, 29.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan pistol ke atas MSKM Mohamed Haniffa Forex Sdn Bhd di No 59 Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown pada 9.45 malam, 14 Julai lalu dengan menyamun pelbagai mata wang kertas dan syiling serta sebuah projektor yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM42,700.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar tidak menawarkan wang jaminan terhadap kesemua tertuduh, namun peguam Mohd Khairul Hafizuddin yang mewakili tiga anggota polis itu dan Wan Abd Rahman yang juga kembar kepada Wan Abd Rahim, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak ada potensi untuk melarikan diri, lebih-lebih lagi jika mereka dikenakan syarat tambahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tiga anggota polis itu, Wan Abd Rahman dan Mohamad Sahar masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang berserta syarat tambahan diperintah melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

3 anggota polis antara yang didakwa kerana samun | The Malaysian InsightLans Koperal Nazarudin Abdul Manan, Koperal Khairul Hisham Hamzah, Koperal Wan Abd Rahim Md Shariff, Wan Abd Rahman Md Shariff, Mohamad Sahar Ismail, dan dua warga Indonesia Guno Sutowo serta Iis Sutejo mengaku tak bersalah.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

3 anggota polis antara 10 ditahan rompak RM100,000 daripada pengurup wang di Pulau PinangPolis percaya lelaki terbabit pada mulanya menyasarkan untuk merompak RM20 juta, selepas mendengar pengurup wang berkenaan menyimpan wang itu dikedainya. FMTNews PulauPinang
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

PDRM giat baiki, selenggara 8,271 kuarterskualalumpur SEBANYAK 8,271 daripada 63,832 unit kuarters yang didiami anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerosakan.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Penyamun pemandu e-hailing ditahankualalumpur LELAKI yang disyaki menyamun pemandu e-hailing di Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur ditahan polis di sebuah rumah kelmarin.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Baru nak menyamun, lelaki dicekup polispetalingjaya SEORANG penjenayah yang sedang ‘meninjau’ lokasi untuk melakukan jenayah samun terbantut apabila ditahan polis, semalam.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

2 anggota polis mengaku tak bersalah minta, terima rasuah | The Malaysian InsightTertuduh Koperal Baharrudin Tuge, 42, menghadapi tiga pertuduhan manakala Lans Koperal Mohd Izzam Gorudin Abdullah, 33, satu pertuduhan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »