26 penumpang bot bawa PATI ke Malaysia karam ditemukan selamat

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 34 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Mangsa berpaut pada pelampung dan tong air

MEDAN: Seramai 26 penumpang yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan yang membawa pendatang asing tanpa izin karam di luar pantai Indonesia ditemukan terselamat selepas hanyut dua hari.

Dua daripada 86 penumpat bot tersebut maut selepas ia terbalik dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan ke Malaysia. Menurut jurucakap Pangkalan Tentera Laut Belawan di Sumatera, Rully Ramadhiansya, jumlah mangsa terselamat itu termasuk kapten dan tiga anak kapal. “Penumpang yang terselamat berpaut pada pelampung, tong air dan beberapa objek lain sepanjang hanyut di lautan selama dua hari.Bot kayu itu karam di luar wilayah Sumatera Utara berhampiran kawasan pantai Tanjung Api ketika ia cuba belayar melalui laluan tanpa kawalan ke Malaysia.

Bot itu dilaporkan mengalami kebocoran sejurus selepas berlepas, sebelum dilanda ombak kuat dan terbalik. – AFP

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.