23 rumah atas air di Tanjung Aru hangus - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 49 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada 4.32 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota yang terdiri daripada 36 orang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan 10 buah jentera dan…

KOTA KINABALU: Penduduk perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru dikejutkan dengan satu lagi kejadian kebakaran yang memusnahkan 23 buah rumah dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4.32 pagi tadi, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah sebelum api merebak ke rumah berhampiran berikutan kedudukan rumah yang terlalu rapat. Turut musnah dalam kebakaran itu adalah lima buah kenderaan dan enam buah motosikal milik penduduk kampung. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah menerima panggilan kecemasan pada 4.32 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota yang terdiri daripada 36 orang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan 10 buah jentera dan kenderaan utiliti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Sabah, Misran Bisara berkata, pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi kejadian disebabkan jalan yang sempit.Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 8 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.Kes kebakaran pertama dilaporkan pada 25 Mei lalu yang memusnahkan 25 buah rumah dan kejadian kedua pada 6 Julai yang membabitkan 10 buah rumah.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

23 lokaliti di Pahang, Selangor, Sabah dan Sarawak dikenakan PKPD | Harian MetroKuala Lumpur: Sebanyak 13 lokaliti dalam daerah Kuantan, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 31 Julai.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Malaysians suffered RM2.23 billion losses from cyber-crime frauds | New Straits TimesNSTnation Of the total, e-commerce scams topped the chart with 23,011 cases, followed by illegal loans (21,008) and investment scams with 6,273 cases. TakNakScam cybercrime 😒
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »

Kampung Tanjung Aru terbakar lagi | Harian MetroKota Kinabalu: Penduduk Kampung Tanjung Aru Baru sekali lagi dikejutkan dengan kebakaran apabila lebih 15 rumah musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. إنا لله وإنا إليه راجعون
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Bersyukur dapat pindah ke rumah baharu [METROTV] | Harian MetroMarang: Tiga beranak yang tinggal di rumah usang hampir runtuh tanpa bekalan elektrik dan air bersih di Kampung Padang Terik, di sini, ceria apabila berpindah ke rumah baharu, hari ini. Mana Lebai Al Marangi? Kahh kahh
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Seorang maut protes krisis air di Iran - Utusan DigitalIran berdepan kemarau terburuk dalam tempoh 50 tahun
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Utusan Malaysia dekat di hati - Utusan DigitalUtusan Malaysia dekat di hati
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »