2 beradik ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh | The Malaysian Insight

  • 📰 msianinsight
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 63%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

2 beradik ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh

DUA beradik perempuan ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili, di Kota Tinggi petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata Siti Nursalina Johari, 10, dan Siti Rabiah Johari, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan. Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.39 petang sebelum sembilan anggota dari BBP Penawar dikejarkan ke tempat kejadian. “Bagaimanapun, dua daripada mereka iaitu ibu kedua-dua mangsa, Mersidita Yunos, 46, dan seorang lagi wanita, Saleha Haron, 27, berjaya diselamatkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Khairul Sufian berkata jenazah Siti Nursalina dan Siti Rabiah telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kenyataan mengenai hal itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – Bernama, 1 Mei, 2023.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 8. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2 sisters drown during family beach outing | The Malaysian InsightMum and another woman rescued by Tanjung Buloh picnickers.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Dua beradik lemas, percutian bertukar tragedi | Harian MetroKota Tinggi: Percutian sebuah keluarga di Pantai Tanjung Buloh di sini sempena cuti umum berakhir dengan tragedi apabila dua beradik didapati lemas.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Dua beradik lemas, ibu, emak saudara cedera mandi pantaiDua beradik lemas, ibu, emak saudara cedera mandi pantai
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

IPD Lipis santuni 36 ketua keluarga Tanjung BuluhIBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menyantuni seramai 36 orang ketua keluarga dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sempena Program Komuniti Kepolisan Hari Bertemu Pelanggan Ketua Polis Daerah Lipis di Kampung Tanjung Buluh, Lipis.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Tiga kru hilang, kapal tangki terbakar di perairan Tanjung SediliTiga kru hilang, kapal tangki terbakar di perairan Tanjung Sedili
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

PH untung guna logo BN di pantai timur, kata penganalisisAzmi Hassan berkata, penggunaan logo BN dapat membantu menarik pengundi Kelantan dan Terengganu.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »