Apatah lagi, dapat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Tentunya ia pengalaman pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.
Katanya, dia berkesempatan mengunjungi Bario bagi aktiviti meredah laluan denai untuk melihat kemudahan pondok yang disediakan sebuah syarikat berstatus multinasional bagi kegunaan masyarakat Orang Ulu dan pelancong yang melalui laluan denai, Bario Ancestral Trail.Jelasnya, pengalaman meredah laluan itu yang mengambil masa sehingga 14 jam perjalanan sememangnya tidak dapat dilupakan kerana laluan denainya masih lagi dara dan dilitupi hutan hijau tebal.
Ed berkata, ia adalah laluan keluar masuk masyarakat Orang Ulu terutamanya kaum Kelabit dan Penan yang tinggal di kawasan pedalaman untuk memasarkan barangan hasil hutan ke Pekan Bario. "Menariknya, sepanjang perjalanan, saya dapat merasai pengalaman kehidupan masyarakat luar bandar yang perlu berulang-alik untuk mendapatkan barangan keperluan di pekan itu," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »