111 sekolah lagi diarah tutup di P. Pinang

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

PULAU PINANG 18 Sept. - Sebanyak 111 buah sekolah lagi di negeri ini diarah tutup dengan penyuraian pelajar dilakukan bermula pukul 12 tengah hari ini akibat keadaan jerebu yang semakin memburuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kesemua 111 buah sekolah itu melibatkan daerah Timur Laut di sini.

Ini menjadikan secara keseluruhannya sebanyak 162 buah sekolah di negeri ini ditutup hari ini selepas pelajar di 51 buah sekolah di daerah Barat Daya diarah pulang pukul 7.30 pagi tadi. Sementara itu, bacaan indeks pencemaran udara di negeri ini terus menunjukkan peningkatan dengan dua stesen iaitu Balik Pulau dan Minden, USM mencatatkan kualiti udara sangat tidak sihat iaitu masing-masing 225 dan 203 setakat pukul 10 pagi ini.

Dua lagi stesen bacaan IPU iaitu di Seberang Jaya dan Seberang Perai juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding sejam lalu iaitu masing-masing 149 dan 156. - UTUSAN ONLINE

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Maqis P. Pinang rampas hampir RM4j keluaran pertanian langgar syarat importBUTTERWORTH 17 Sept. &8211; Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian dari pelbagai negara tanpa syarat import sah di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Hazy days: All 111 schools in Penang's northeast shutGEORGE TOWN: All 111 schools on the island's northeast district have been asked to close at noon on Wednesday (Sept 18). my whole family picked up conjunctivitis n can't go work/attend school for one week due to haze. but we can still FB tweet n visit political ceremah. learned from the best. weather is unpredictable, so advanced notice is not really possible. this concerns the health of the children. so, employers need to be more flexible and allow emergency leave or flexi work arrangements during such times. happy employees perform better anyway.
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »

Tujuh lagi sekolah di Selangor diarah tutupshahalam Tujuh sekolah di Selangor diarah tutup, hari ini, berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan bacaan tidak sihat serta sangat tidak sihat.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

46 sekolah di Nilai ditutup serta-merta akibat jerebuSEREMBAN 17 Sept. - Sebanyak 46 sekolah di Nilai di sini diarah tutup serta-merta pagi tadi selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah paras sangat tidak sihat iaitu 205.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Jerebu : Sekolah di Port Dickson ditutup hari iniSEREMBAN 17 Sept. - Sebanyak 63 sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah paras 203 pada pukul 6 pagi tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

IPU lepasi 200, semua 51 sekolah di Barat Daya diarah tutupPULAU PINANG 18 Sept. - Kesemua 51 buah sekolah di daerah Barat Daya di sini ditutup berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk apabila mencecah bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat awal pagi ini. Makin teruk jerebu...
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »