Hanya jauhari kenal manikam: Pakar ini boleh bezakan antara barangan tulen dengan yang palsu

  • 📰 ChannelNewsAsia
  • ⏱ Reading Time:
  • 75 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 33%
  • Publisher: 66%

Singapore Headlines News

Singapore Latest News,Singapore Headlines

Pengesah atau penilai ketulenan Vestiaire Collective Kai Ning mendedahkan kepada CNA Lifestyle bagaimana tanda-tanda barangan palsu gred tinggi sering tersembunyi daripada mata kasar.

Pasaran barangan terpakai dunia dijangka mencecah AS$350 bilion menjelang 2027. Menurut laporan jualan tahunan 2023 Thredup, sebuah platform jual-beli barangan terpakai dalam talian, pangguna Gen-Z dan generasi milenial adalah antara mereka yang akan menyumbang hampir dua pertiga daripada peningkatan perbelanjaan ini.

Dan sudah tentu, terdapat juga Vestiaire Collective, pasaran dalam talian terkemuka dunia yang menawarkan penjualan semula barangan mewah terpakai, dari fesyen dan perhiasan sedia dipakai hingga beg dan kasut. Selain daripada laman web, terdapat juga aplikasi yang memudahkan pencarian dan pembelian pada lewat malam.Namun, ketika kita hendak membeli barangan terpakai mungkin perkara yang membimbangkan adalah sejauh mana sesuatu barang itu adalah barangan tulen.

"Sehelai jaket beruang teddy Jean Charles de Castelbajac dari tahun 1980-an yang berharga sekitar S$10,000, dan mempunyai kira-kira 17 beruang teddy yang dijahit padanya. Model jaket ini juga dipamerkan di banyak muzium seperti Muzium Sekolah Reka Bentuk Rhode Island di Amerika Syarikat dan Galeri Nasional Victoria, Australia.

Dan atas sebab inilah, ia masih penting bagi sesuatu barang diperiksa secara fizikal oleh seorang pengesah ketulenan. Kai menambah:"Bagi barangan palsu gred tinggi, tanda-tanda nyata produk itu palsu sering tersembunyi daripada mata kasar.Sebagai contoh, bagi beg, baunya adalah sangat penting, manakala untuk jam tangan dan barang kemas, berat produk itu biasanya merupakan petunjuk pertama yang jelas.

Selain daripada pengetahuan fesyen dan minat sebagai faktor penting, Kai Ning berkongsi bahawa Vestiaire Collective mempunyai proses pemilihan yang ketat yang merangkumi ujian praktikal untuk mengesahkan pengetahuan dan tahap kepakaran serta kemahiran anda.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 6. in SG

Singapore Latest News, Singapore Headlines