Suhafiza Joharidari Kampung Kok Klang, Arau menawarkan khidmat dalam membantu dan menguruskan wanita selepas bersalin dengan melalui khidmat perbidanan wanita selepas bersalin atau lazimnya dipanggil confinement lady.
Arau: Setiap ibu yang baharu menjalani proses melahirkan anak pasti mahukan diri serta cahaya matanya berada dalam keadaan selamat, sihat dan stabil terutama dari segi emosi.
Suhafiza atau lebih mesra disapa ‘Kak Su’ berkata, dirinya terdorong untuk menjalankan khidmat perbidanan wanita selepas bersalin ini disebabkan dia melihat pengurusan wanita tidak hanya tertumpu kepada persediaan semasa mengandung sahaja sebaliknya fasa pasca melahirkan anak juga adalah fasa yang penting dalam memastikan ibu dan bayi yang baru lahir itu mendapat penjagaan yang sempurna dari segala aspek.
Katanya lagi, disebabkan minatnya itu menyebabkan dia kemudian mengembangkan perkhidmatannya dengan menubuhkan syarikat Sri Anggun Confinement Lady yang bernaung di bawah syarikat Herba Anggun kelolaannya sendiri. Suhafiza berkata, dalam meniti perjalanannya sebagai confinement lady, pelbagai pahit dan manis dilaluinya ketika menjalankan tugasnya ini.
Beliau berkata, antara proses yang dijalankan semasa terapi confinement lady ini termasuklah urutan ibu, urutan lancarkan susu ibu, bertungku, mandian herba, pemakaian bengkung, pemakaian pilis tapel param , mandian bayi, urutan bayi dan pengurusan bayi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cadangan TPM dari Sabah terima reaksi berbezaCadangan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah menerima reaksi berbeza daripada pemimpin kerajaan dan pembangkang di negeri ini.
Read more »
Reject differences, protect unity, Abang Johari told GPS component partiesAbang Johari urged parties under the coalition to reject differences among them to achieve victory in the upcoming GE15. theSun theSundaily news localnews GE15 victory Unity stability
Read more »
Hasrat Zii Jia tawan Terbuka Denmark disekatImpian untuk melihat perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia meraih gelaran keempatnya di Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain China, Shi Yuqi sebentar tadi.
Read more »
Zii Jia tidak gentar 'Tembok Besar China'Zii Jia berjaya mengalahkan juara dunia 2021, Loh Kean Yew daripada Singapura di peringkat separuh akhir Terbuka Denmark awal pagi tadi.
Read more »