BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku d...
: Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, di sini pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Izwan Abd Karim berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Rizal Mohd Saberi di talian 018-4022120 atau 04-5741421. “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 66 tahun yang datang dari arah Bagan Ajam menghala ke Bagan Lalang telah melalui di lampu isyarat dan pada yang sama datang sebuah kereta Perodua Axia dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun.
“Kereta itu dari arah Sungai Dua menghala ke Raja Uda dan bergerak lurus telah melanggar penunggang motosikal berkenaan, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan bedah siasat, kematian warga emas itu disebabkan kecederaan parah akibat nahas berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ketua polis KL: Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah sudah ditukarkan ke jabatan lainKUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah di sekitar ibu negara telah ditukarkan ke jabatan lain sementara...
Read more »
Puntung rokok antara punca kebakaran belukar, lalang, sampah di LTU Lipis-MerapohPuntung rokok antara punca kebakaran belukar, lalang, sampah di LTU Lipis-Merapoh
Read more »
Tembakan di KLIA: Polis ambil 11 keterangan saksiSEPANG: Polis telah mengambil keterangan daripada 11 saksi bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lu...
Read more »
Kes nota ugutan untuk Nga Kor Ming: Polis rakam keterangan 11 saksiIPOH: Polis Perak telah merakam percakapan 11 individu berhubung nota ugutan yang diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming daripa...
Read more »
Polis nafi video insiden samun libatkan warga tempatan di Pasar Borong SelayangKUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menafikan penglibatan warga tempatan dalam kejadian samun sehingga menyebabkan kecederaan dan pergaduhan di kawasa...
Read more »
Polis lumpuhkan sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadahKAJANG: Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar ...
Read more »