Tugas berat menanti pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk mengadunkan semula strategi bagi membentuk skuad terbaik.
PETALING JAYA: Tugas berat menanti pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk mengadunkan semula strategi bagi membentuk skuad terbaik bagi mengharungi dua aksi menentang Oman pada 22 dan 26 Mac ini.
Ketika ini, Silhavy dilihat tidak berdepan masalah untuk membentuk skuad terbaik kerana rata-rata pemain Oman sedang aktif beraksi di liga mereka berbanding skuad Harimau Malaya yang berehat lama ekoran Liga Malaysia belum bermula. “Sudah pasti kemampuan Faisal Halim dan Arif Aiman di kiri kanan padang akan jadi tumpuannya manakala mengkaji bagaimana nak tembus kawalan Dion Cools dan rakan-rakan di kubu Harimau Malaya.
“Untuk kali ini, biar merendah diri dan jangan terlalu ‘mat jenin’. Biarlah harapan melihat kemenangan itu terletak jauh disudut hati. Tetapi berpijaklah di bumi nyata. Oman lebih kuat dan bersedia berbanding Malaysia.