Kampung Lah saji 100 makanan Melayu asli, ibarat pulang ke kampung halaman
KUALA LUMPUR: Menyajikan makanan Melayu asli, buffet Ramadan Kampung Lah, Iftar Citarasa Kampung Lah di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan bakal membawa pengunjung seolah-olah pulang ke kampung halaman
“Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api citarasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun temurun. Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah yang bertemakan kampung halaman ke bandar, turut menyediakan hidangan kambing golek yang berbeza daripada destinasi berbuka lain.
“Itu untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan istimewa kami tanpa henti. Kita mahu pengunjung dapat bergurau senda, menikmati juadah tanpa risau tentang jumlah hidangan yang disediakan,” katanya. “Kita juga ada beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan. Ada juga aktiviti lain bersesuaian dengan konsep dan tema kampung kami tahun ini,” kongsinya.