IPOH: Rata-rata waris mangsa yang menjejak kaki semula ke lokasi tragedi runtuhan Gunung Cheroh di sini, sebak apabila mengenangkan ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Tragedi pada 18 Oktober 1973 itu meragut 40 nyawa serta melenyapkan 20 buah rumah yang ketika itu kebanyakannya terdiri daripada masyarakat India.
Ternyata sukar buat waris untuk menahan perasaan sehingga ada yang mengalirkan air mata apabila menceritakan kembali pengalaman sedih mereka. Jelasnya, sebelum tragedi berlaku, haiwan ternakan seperti lembu dan kambing berkelakuan pelik seperti memberi petanda akan berlaku musibah buruk. T. Subrumaniam, 62, pula berkata, dia pada waktu tersebut berusia 12 tahun dan kejadian pada pukul 7 malam itu masih diingati terutama detik runtuhan berlaku.“Kemudian ada yang memaklumkan kejadian yang berlaku. Keadaan pada masa itu sangat gelap,” katanya.