Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak agar isu melibatkan agama, raja dan kaum (3R) tidak disentuh pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebolehnya pihaknya tidak mahu membuka kertas siasatan untuk isu-isu sedemikian.
Kata beliau, penyokong parti di Johor juga perlu mempamerkan disiplin tinggi sama seperti yang ditunjukkan ketika Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang lalu. “Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa hari penamaan calon pada PRN lepas. Saya amat yakin kalau di Johor ini dengan kebanggaan bangsa Johor, saya rasa mereka ini matang dalam menghadapi PRK kali ini.
“Hari ini saya akan turun ke Johor untuk mendengar taklimat persiapan yang telah dibuat bagi menghadapi PRK tersebut. Saya yakin Ketua Polis Johor dan anggotanya telah bersiap siaga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Lahir Ke-74 Yang Dipertua Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Tegasnya, polis akan terus mengambil tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dan mengenakan tindakan tatatertib walaupun belum dituduh di mahkamah. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr Mohd Mazri, Zulkifli diumum calon PN PRK Simpang Jeram, PulaiJOHOR BAHRU: Pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular Dr Mohd Mazri Yahya dan ahli perniagaan Zulkifli Jaafar, masing-masing dinamakan se...
Read more »
Adly: Amanah confident of defending Pulai, Simpang JeramALOR GAJAH: Parti Amanah Negara (Amanah) is confident of defending the Pulai parliamentary and Simpang Jeram seats in next month’s by-elections, its v...
Read more »
PRK Parlimen Pulai: Samsudin individu pertama tawar diri bertanding calon BebasJOHOR BAHRU: Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi menjadi individu pertama menawarkan diri untuk b...
Read more »
PRK Pulai: Uji sokongan pengundi kepada PH-BN“Sama ada mereka akan memberi sokongan atau tidak akan dibuktikan 9 September ini. Perkara itu penting untuk menilai sama ada gabungan ini...
Read more »
EC: 22 nomination forms sold so far for Pulai, Simpang Jeram by-electionsJOHOR BARU, Aug 23 — The Election Commission (EC) has sold a total of 22 nomination forms for the Pulai parliamentary and Simpang Jeram state by-elections as of yesterday. Johor...
Read more »