Zurich Takaful Al-Shams untuk keluarga

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

'Keistimewaan pelan ini adalah penerimaan dijamin. Walaupun pelanggan mempunyai masalah kesihatan, kita mahu melindungi semua lapisan masyarakat. Sihat atau kurang sihat, mereka boleh mendapatkan perincian daripada ejen kami, untuk dilindungi.'

Pelan takaful keluarga dengan ciri penerimaan terjamin amat penting kerana ia memberi peluang kepada pelanggan untuk menunaikan kewajipan terhadap keluarga dan menghadiahkan hibah untuk orang tersayang. Namun, ramai yang beranggapan mereka tidak berkemampuan untuk menyediakan hibah kepada ahli keluarga kerana bayaran bulanan yang mahal. Menyedari perkara itu, Zurich Takaful memperkenalkan Zurich Takaful Al-Shams dengan caruman bulanan serendah RM50.

Selain itu, jika orang yang dilindungi meninggal dunia, penerima manfaat akan menerima 100 peratus daripada jumlah perlindungan asas. Sekiranya kematian adalah disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki pengangkutan awam, jumlah manfaat yang diterima adalah dua kali ganda. Malah, pelan ini memberikan tiga kali ganda nilai manfaat sekiranya dia meninggal dunia akibat kemalangan di luar negara.

Segmen yang difokuskan pula adalah individu berusia antara 30 hingga 40 tahun yang baru berkeluarga kerana mereka semestinya memikirkan yang terbaik buat anak-anak yang masih kecil. Pelan ini bukan sekadar perlindungan tetapi jaminan kewangan untuk masa depan ahli keluarga. Setidak-tidaknya, apabila berlaku perkara tidak diingini, keluarga kita mempunyai sumber kewangan bagi meneruskan kehidupan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.