Zii Jia, Peng Soon-Liu Ying kandas di Bangkok - Utusan Digital

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 40 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 19%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Zii Jia tewas 17-21, 15-21 kepada pemain No.2 dunia, , Chou Tien Chen.

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand selepas tewas kepada pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Bangkok itu, Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia tewas 17-21, 15-21 kepada pemain No.2 dunia itu.Turut tersingkir, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying selepas tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan utama beregu campuran, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Gandingan Peng Soon-Liu Ying tewas 18-21, 17-21, iaitu kekalahan kedua mereka kepada pasangan Thailand itu dalam enam pertemuan. Malaysia bagaimanapun sudah pasti akan memiliki satu wakil di pentas empat terakhir selepas dua beregunya, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan membuat perhitungan dengan satu lagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dalam bereu lelaki sebentar lagi.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.