JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan peraturan baharu mengenai perjalanan darat dalam negeri semasa pandemik Covid-19.
Berdasarkan surat tersebut, individu yang bercadang untuk melakukan perjalanan darat dengan jarak minimum iaitu 250 kilometer atau empat jam perjalanan diwajibkan melakukan ujian Covid-19 dan menunjukkan kad vaksinasi. “Individu itu perlu mengemukakan keputusan ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction yang negatif sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan atau ujian pantas antigen dalam tempoh 24 jam.
Selain itu, pengembara yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh menggunakan pengangkutan darat juga perlu menyediakan dokumen yang sama.