Vespa GTS 2023 diperkenal - empat varian, pilihan enjin 125 cc dan 300 cc, panel instrumen TFT 4.3 inci - paultan.org

  • 📰 paultan
  • ⏱ Reading Time:
  • 69 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 31%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Vespa GTS 2023 diperkenal – empat varian, pilihan enjin 125 cc dan 300 cc, panel instrumen TFT 4.3 inci

Vespa telah memperkenalkan model GTS 2023 di Eropah, dengan kini ditawarkan dalam empat varian iaitu GTS, GTS Super, GTS SuperSport dan GTS SuperTech. Penampilan skuter ini, walaupun masih nampak sama, tetapi sebenarnya melibatkan perubahan yang diberikan secara terperinci.

Ada dua pilihan enjin yang disediakan untuk Vespa GTS baru ini, iaitu unit 125 i-GET dan 300 HPE yang didakwa boleh menghasilkan sehingga 23 hp. Kedua-dua enjin ini menggunakan tetapan satu silinder dengan sistem suntikan bahan api, penyejukan cecair serta mendapat penarafan emisi Euro 5. Pembaharuan lain yang dibuat untuk GTS 2023 ini adalah di bahagian suspensi. Meskipun masih menggunakan tetapanyang sama di hadapan, ia telah ditala semula untuk menjadikan skuter tersebut lebih stabil pada kelajuan tinggi, sambil turut memperbaiki keselesaan dan pengendaliannya.

Keselesaan juga diambil penting melalui Vespa GTS baru ini, di mana tempat duduknya telah direka semula supaya penunggang dan penumpang tidak terkesan walaupun menggunakannya untuk perjalanan jarak jauh. Semua varian Vespa GTS kini diberikan dengan sistem tanpa kunci dan butang pemula enjin, dengan fungsi kunci pemegang dan bukaan tempat duduk boleh dilakukan dengan alat kawalan jauh.

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 22. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

2023 Vespa GTS scooter launched - four model variants, two engine choices, 125 cc and 300 cc - paultan.org2023 Vespa GTS Super 300 New addition to the Italian scooter maker’s lineup is the 2023 Vespa GTS range, comprising of four models with fourteen colour choices and are manufactured in Italy. These are the …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »

Amazfit GTS 4 Mini Review: Apple Watch SE, but make it basic - SoyaCincauThe Amazfit GTS Mini looked remarkably like the Apple Watch, and it’s at a much cheaper price of RM399. Could Apple Watch user Dzamira be content with a cheaper fitness watch?
Source: Soya_Cincau - 🏆 16. / 55 Read more »

Amazfit GTR 4 and GTS 4 Malaysia release: Available starting 7 October 2022 at a promotion price of RM799 | TechNaveAmazfit today announced the release of its latest smartwatch series in Malaysia, the Amazfit GTR 4 and the Amazfit GTS 4. Both smartwatches have several improve
Source: technavemy - 🏆 6. / 68 Read more »

2023 Vespa GTS scooter launched - four model variants, two engine choices, 125 cc and 300 cc - paultan.org2023 Vespa GTS Super 300 New addition to the Italian scooter maker’s lineup is the 2023 Vespa GTS range, comprising of four models with fourteen colour choices and are manufactured in Italy. These are the …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »

Italjet Dragster 125 dan 200 dipertonton untuk pasaran Malaysia - harga anggaran RM30k dan RM35k - paultan.orgSebelum dilancarkan secara rasmi Sabtu ini, Chear Global telah membuat pra tonton awal Italjet Dragster untuk pasaran Malaysia. Model ini akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu Dragster 125 dan Dragster 200, dengan harga yang dijangkakan …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »

Honda Forza 350 serba baru dilancar di Thailand - semua panel badan diubah, enjin 329 cc 28.8 hp - paultan.orgBaru sahaja diberikan peningkatan yang besar dua tahun lalu dengan termasuk perubahan enjin, Honda Forza 350 sekali lagi diperbaharui, dengan model yang dipanggil sebagai serba baharu dilancarkan untuk pasaran Thailand dalam dua versi iaitu Standard …
Source: paultan - 🏆 22. / 51 Read more »