SAKHIR, Bahrain: Red Bull melaungkan amaran awal bakal menjadi pencabar utama Mercedes dalam perlumbaan Formula Satu musim ini selepas Max Verstappen menewaskan Lewis Hamilton untuk menyambar petak pertama Grand Prix Bahrain sebentar tadi.
Pemandu Belanda itu mencatat masa terpantas satu minit 28.997 saat untuk mengenepikan dua pemandu Mercedes, Hamilton dan Valtteri Bottas. Catatan masa yang dilakukan Verstappen 0.388s mengatasi Hamilton, sekali gus memberi kelebihan buat Red Bull untuk memburu kejuaraan pertama musim 2021 esok.“Kita bekerja keras sepanjang musim sejuk, jadi anda semua berhak meraihnya begitu juga seluruh pasukan di kilang ,” kata Verstappen kepada prinsipal pasukan, Christian Horner menerusi radio pasukan.“Tahniah Max, dia melakukan tugas yang hebat. Dia sangat pantas di pusingan terakhir,” kata Hamilton, yang memburu kejuaraan dunia kali kelapan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.