Van 'penyek', pemandu cedera ringan

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 50 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 23%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

klang Seorang lelaki cedera kaki kanan apabila van yang dipandu dihimpit treler membawa muatan asid nitrik di Jalan Pintasan, Pelabuhan Utara, Klang, 3.45 petang tadi.

Meskipun van berkenaan ‘penyek’ akibat dihimpit treler berkenaan, bagaimanapun pemandunya, K Thinagaran, 25, bernasib baik hanya cedera di kaki akibat kemalangan itu.

Gambar dan rakaman video kemalangan berkenaan yang tersebar di media sosial turut mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman Facebook serta aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 4 petang mengenai insiden itu dari Pelabuhan Utara menghala ke Pelabuhan Barat.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu treler, Azman Hamzah, 39, yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum menghimpit pemandu van, K Thinagaran, 25, di lorong paling kanan. “Perlanggaran itu menyebabkan van dipandu Thinagaran itu terhimpit di sisi kiri treler berkenaan dan kaki kanannya tersepit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Shamsul Amar berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan Thinagaran yang tersepit.“Sementara pemandu treler berkenaan yang tidak mengalami kecederaan ke balai polis membuat laporan,” katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

Nasib kaki kiri ok bole la jalan makan ayam penyek

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pemandu van nyaris mautPELABUHAN KLANG 7 Okt.- Seorang pemuda nyaris maut apabila van dipandunya terperosok di bawah sebuah treler yang membawa muatan asid nitrik di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara di sini petang tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

7 murid sertai acara jalan kaki cedera terkena serpihan kemalangan | The Malaysian InsightKanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu cedera ringan terkena serpihan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Butterworth, pagi tadi.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Pemandu van nyaris mautPELABUHAN KLANG 7 Okt.- Seorang pemuda nyaris maut apabila van dipandunya terperosok di bawah sebuah treler yang membawa muatan asid nitrik di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara di sini petang tadi.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

2 maut langgar kenderaan rosak | The Malaysian InsightPemandu lori tidak meletakkan kenderaannya yang rosak di lorong kecemasan.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Gas pemedih mata ditembak, penunjuk perasaan abai pengharaman topengHONG KONG 6 Okt. - Polis Hong Kong menembak gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang mengabaikan larangan topeng muka meskipun separuh stesen bawah tanah kekal ditutup.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Lelaki cedera parah ditembak | The Malaysian InsightMangsa mendakwa tidak mengenali suspek yang menembaknya dan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »