Vaksin Covid-19 selaras tuntutan mencegah penyakit dan kemudaratan - JAKIM

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 32 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KualaLumpur Vaksin COVID19 adalah selaras dengan tuntutan syarak dari aspek mencegah penyakit selain membantu memastikan seseorang individu yang mengambilnya tidak memudaratkan orang lain.

Pegawai penyelidik di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fahmi Rusli berkata, justeru pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi termasuk warga emas.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam segmen Tanya Jakim bertajuk 'Ada Apa Dengan Vaksin Covid-19' yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia hari ini. Beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya untuk mencegah penyakit atau mendapatkan rawatan lebih awal sebelum seseorang itu mendapat penyakit.

Sebelum ini Bernama melaporkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam bulan lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.