Ujian saringan Covid-19 murid sekolah setiap Rabu - Utusan Digital

Ujian saringan Covid-19 murid sekolah setiap Rabu

27/11/2021 3:18:00 PM

KIT ujian kendiri Covid-19 sudah dibekalkan ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan itu dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Ujian saringan Covid-19 murid sekolah setiap Rabu

KPM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan surat pemakluman berhubung ketetapan berkenaan.Menurutnya, kit ujian kendiri Covid-19 sudah dibekalkan ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan itu dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“KPM menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang ditetapkan KKM,” katanya.KPM juga menyarankan ketetapan itu turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM.

Read more: Utusan Malaysia »

Cops rescue two children, mother and grandaunt arrested for suspected abuse

GEORGE TOWN: Two children with bruises and injuries on their body and face were rescued by police from a unit in Rifle Range flats here. Read more >>

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pelaksanaan saringan bergilir Covid-19 untuk murid sekolah rendah perlu dijalankan pada setiap Rabu, pada hari persekolahan. KPM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan surat pemakluman berhubung ketetapan berkenaan. Menurutnya, kit ujian kendiri Covid-19 sudah dibekalkan ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan itu dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. “KPM menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang ditetapkan KKM,” katanya. KPM juga menyarankan ketetapan itu turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM. Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu sehingga mewujudkan kluster pendidikan. Ia menjadi keperluan kepada sekolah rendah yang mana murid di bawah usia kelayakan menerima vaksin, perlu laksanakan ujian saringan mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel pelajar di sekolah itu. – UTUSAN ONLINE