UiTM Pulau Pinang, ZMW School jalin kerjasama bangunkan aplikasi e-Gamelan - Utusan Digital

UiTM Pulau Pinang, ZMW School jalin kerjasama bangunkan aplikasi e-Gamelan

6/12/2021 9:12:00 AM

'Saya menjangkakan aplikasi ini berpotensi membantu meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar terhadap muzik tradisional dan menambah pengetahuan mereka mengenai asal-usul sesuatu alat muzik itu,' katanya dalam majlis menandatangani memorandum…

UiTM Pulau Pinang, ZMW School jalin kerjasama bangunkan aplikasi e-Gamelan

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak bersetuju mendigitalkan muzik tradisional negara ke dalam satu aplikasi moden yang dinamakan e-Gamelan seiring dengan perkembangan terkini.Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Dr. Salmiah Kasolang berkata, aplikasi itu menawarkan pengalaman menarik kepada pencinta muzik selain mempromosikan genre muzik itu kepada warga asing yang ingin merasai sendiri pengalaman bermain alat muzik tradisional.

Is It Real? When Everyone Looked At The Photo They Worried

Ia khususnya, tambah beliau, ketika mengharungi era pandemik Covid-19 yang membataskan pergerakan mereka untuk ke satu-satu tempat.Jelasnya, terdapat pelbagai kategori peralatan muzik tradisional yang boleh didapati dalam aplikasi yang boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar itu dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu moden dan tradisional.

“Selain perincian mengenai peralatan muzik, turut dimuatkan dalam aplikasi e-Gamelan itu ialah penerangan tentang asal-usul sesebuah alatan tradisional.“Saya menjangkakan aplikasi ini berpotensi membantu meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar terhadap muzik tradisional dan menambah pengetahuan mereka mengenai asal-usul sesuatu alat muzik itu,” katanya dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama itu yang diadakan di Melaka. headtopics.com

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengetua ZMW School, Zainal Abbas dan Pengasas ZWM, Dr. Salasiah Abbas.Kerjasama strategik itu akan berlangsung untuk tempoh dua tahun dengan memfokuskan kepada beberapa inisiatif yang telah dipersetujui secara bersama.

'Nak jadi pemain terbaik dunia kena tahan tekanan' | Harian Metro

Dalam pada itu, Zainal juga senada dengan Salmiah dan menyatakan hasratnya untuk melihat muzik tradisional lebih berkembang dengan adanya aplikasi e-GamelanKatanya, e-Gamelan boleh dianggap sebagai salah satu daripada trend global untuk belajar pada masa depan dan penggunaan aplikasi itu dalam pendidikan perlu distrukturkan bagi menyelesaikan masalah pembelajaran.

Read more: Utusan Malaysia »

Covid-19: 245 Omicron cases detected so far, 157 among umrah returnees, says Khairy

PETALING JAYA: Malaysia has detected 245 cases of the Covid-19 Omicron variant in the country so far, says Khairy Jamaluddin.

10 unit kuarters PDRM dibina di Pulau Redang - Utusan Digital“Ketika ini, cuma ada lapan unit kediaman polis di sana dengan kebanyakan anggota lain terpaksa tinggal di darat dan berulang-alik ke balai menaiki bot.'

Aplikasi pemeriksaan virtual Covid-19 - Utusan DigitalAplikasi pemeriksaan virtual Covid-19

10 unit kuarters PDRM dibina di Pulau Redang - Utusan Digital“Ketika ini, cuma ada lapan unit kediaman polis di sana dengan kebanyakan anggota lain terpaksa tinggal di darat dan berulang-alik ke balai menaiki bot.'

Tanah runtuh: Sistem amaran digital di lokasi berisiko - Utusan DigitalDalam tragedi terbaharu pada 2 Disember lalu, dua lelaki dilaporkan maut selepas kenderaan masing-masing tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Johor bangunkan pasar borong digital | Harian MetroJohor Bahru: Kerajaan Negeri Johor akan membangunkan Pasar Borong Digital tahun depan bagi menghimpunkan semua produk agromakanan hasil keluaran pengusaha tempatan untuk dipasarkan secara dalam talian.

Geng Janggut seludup PATI tumpas - Utusan Digital'Migran ini akan berhubung dengan ejen atau pengurus yang dikenali dan seterusnya ejen atau pengurus migran itu akan mengatur perjalanan tersebut melalui sindiket ini.'