Tunas Usahawan Baitulmal bantu usahawan terjejas akibat Covid-19

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 43 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur Usahawan yang ingin memulihkan dan mengembangkan perniagaan berpeluang memohon pelbagai bantuan dan latihan disediakan oleh pelbagai agensi, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corporation Malaysia melaksanakan pelbagai program dan terbuka kepada perusahaan kecil dan sederhana yang layak termasuk belia, wanita serta golongan yang berkeperluan khas seperti Orang Kurang Upaya .

"Mungkin kali ini mereka menerima zakat. InsyaAllah pada masa akan datang, apabila kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh kerana perniagaan mereka lebih berjaya, mereka pula akan menjadi penyumbang zakat," katanya ketika berucap merasmikan Program Tunas Usahawan Baitulmal di sini, hari ini. Menurut Pengerusi SME Corp Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee, program TUB itu juga dirangka bagi membantu menaik taraf kehidupan melalui aktiviti keusahawanan agar mampu menjana pendapatan jangka panjang serta membina daya tahan dan jati diri dalam menjalankan perniagaan.

Syed Hussien yang juga Pengerusi MAIWP berkata, program itu dilaksanakan secara rintis dengan melatih 84 usahawan pada 2019."Manakala, pada tahun ini, seramai 50 usahawan akan dilatih secara dalam talian bermula 13 hingga 22 Disember 2020," katanya.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

The Amazon Rainforest tribal peoples Covid-19 Cure link Nemonte Nenquimo supportersamazonfrontlines.org As presented by TPEOM

Klu dri dlu ada mcm ni.. Xde la pening nk pinjam Along 😁. Apa2 pon Alhamdulillah syukur aamiin. Thaniah. Terima kasih brbnyk. Kpd pihak yg terbabit.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.