Tun M dan rakan-rakan tolak Belanjawan 2021 - Utusan Digital

Tun M dan rakan-rakan tolak Belanjawan 2021

25/11/2020 6:52:00 PM

Tun M dan rakan-rakan tolak Belanjawan 2021

Tun M dan rakan-rakan tolak Belanjawan 2021

Share on telegramKUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan-rakan seangkatannya berikrar akan menolak usul Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat esok.Katanya, tindakan itu diambil atas rasa tanggungjawab dan amanah yang dipegang mereka sehingga penggal perkhidmatan wakil rakyat tamat.

Court of Appeal quashes approval to develop Taman Rimba Kiara 'Berat sebelah, dua darjat', menteri bebas langgar SOP, rakyat kena tindakan, kata Pemuda PKR Projek Wakaf Dusun Ilmu, idea bijak UiTM jana pendapatan

“Saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat.“Kita telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan beberapa hari kebelakangan ini.

“Selain dari perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda di pihak kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli Parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat,” katanya menerusi blognya, chedet.cc hari ini. headtopics.com

Dr. Mahathir juga berkata, jika Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti, ia bukti kerajaan hilang “legitimacy” kerana tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk meluluskan Belanjawan.Apabila ini berlaku, katanya, jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah, dia akan meletakkan jawatan.

Seterusnya, kata Dr. Mahathir, jika dalam suasana biasa, dia (Perdana Menteri) boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Palimen.“Tetapi masa sekarang, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, keadaan adalah amat luar biasa dan pengalaman pilihan raya di Sabah baru-baru ini yang memperlihat bahawa mengadakan pilihan raya umum bukanlah satu pilihan, malahan jika dipilih boleh membawa kemudaratan,” ujarnya.

Kerana itu, menurut Dr. Mahathir, proses yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dalam kalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.“Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka, dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuh kerajaan yang baharu dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Ini akan dapat memastikan bahawa kerajaan baharu ini mempunyai legitimacy dan tidak dipersoalkan seperti kerajaan pintu belakang sekarang ini.“Setelah kerajaan baharu dapat ditubuh, maka kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan Belanjawan yang baharu atau pun mengambil Belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu. headtopics.com

Time for Malaysia to step up its policies to attract FDIs, says pundit | Malay Mail Annual Thaipusam journey of Lord Murugan's chariot to Batu Caves proceeds smoothly PKPD di PTP Marang, Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan

“Semua ini dapat dilakukan di dalam sidang Parlimen Khas dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama,” jelas beliau.-UTUSAN ONLINE Read more: Utusan Online »

'Hotpot' Datuk among duo remanded two days over assault incident

PETALING JAYA: Police have obtained a two-day remand order on a Datuk and another suspect in connection with an assault incident at a hotpot restaurant.

Tak kisah.... belanjawan untuk rakyat, bukan untuk kau. So selfish...Belanjawan ni utk rakyat tp atok tak kisah ..yg penting ego Selagi hidup menyusahkn saja