Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata status quo bukan penanda aras utama dalam proses pembahagian kerusi di negeri itu menjelang PRN.
PETALING JAYA: Hanya empat kerusi lagi belum dimuktamad agihan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Kedah, kata Mahfuz Omar.“Kita berjaya menetapkan apa yang diputuskan gabungan di peringkat pusat berdasarkan kepada parameter yang perlu diakui semua parti dalam gabungan,” katanya menurut Sinar Harian.
Mahfuz berkata, status quo kini bukan lagi menjadi penanda aras utama dalam agihan kerusi, sebaliknya dinilai melalui pelbagai faktor yang boleh memberi kemenangan kepada calon PH dan BN. “Ada kawasan kita gunakan status quo, iaitu kerusi sedia ada yang kita menang atau BN menang, maknanya kita tidak usik. Tak kan pula PH nak kerusi Bandar Baharu atau Sungai Tiang , dalam hal ini kita akui kepada mereka,” katanya sambil menyatakan kerusi lain masih terbuka bagi dua gabungan dengan melihat faktor boleh menang.
Mahfuz bagaimanapun tidak mendedahkan formula agihan yang digunakan menjelang PRN sama ada melibatkan 60%-40% atau agihan sama rata.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: malaymail - 🏆 1. / 86 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »