Sik, 'Dipanah Petir', 'Dua Sahabat Maut'

Sik, 'Dipanah Petir'

Tidak sempat ambil BPN, dua sahabat maut dipanah petir

“PAGI tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25.

7/4/2020 5:01:00 PM

sik “Pagi tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25.

“PAGI tadi Idrus Ahmad, 35, beritahu yang dia tidak sempat mengambil wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberi kerajaan yang dikongsinya dalam kumpulan WhatsApp kami,” kata Mohd Shafiq Shafihardin, 25.

Menurut Mohd Shafiq, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian Idrus dan Mohd Zulkefli, dia bersama beberapa rakan bergegas ke tempat kejadian.“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati mayat mereka (Idrus dan Mohd Zulkefli) sudah ditutup.“Kami nak tengok keadaan mereka yang ketika itu dalam keadaan terbaring namun polis tidak benarkan kami memasuki kawasan itu. Jadi kami hanya melihat dari jauh.

9 kemalangan maut angkara pemandu mabuk MISC appoints ex-minister Noh Omar as chairperson 13 dikompaun melepak di tepi pantai

“Tak sangka kejadian itu berlaku dan saya dimaklumkan kedua-dua mereka sedang berehat di bangsal itu disebabkan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Mohd Shafiq berkata, dia mengenali Idrus dan Mohd Zulkefli sejak kecil walaupun dua rakannya itu lebih berusia darinya namun mengakui hubungan mereka sangat rapat.

Katanya, dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah Mohd Zulkefli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula manakala Idrus pula banyak berbual di kumpulan WhatsApp.“Arwah abang Zul sebelum ini bekerja di bengkel besi sebelum berhenti dan mengusahakan kolam udang di kampung ini.

“Idrus pula hanya bekerja kampung dan masih belum berkahwin manakala abang Zul sudah berkahwin,” katanya.Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan roh dua rakannya itu dicucuri rahmat.Katanya, keluarga kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk melihat jenazah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdul Razak Osman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.Katanya, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa berada di bangsal berkenaan dan terkena panahan petir.“Mereka berdua meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sik untuk dibedah siasat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya turut dimaklumkan berhubung kejadian membabitkan dua mangsa dipanah petir itu.Menurutnya, setakat ini pihaknya sedang mengumpul jumlah rumah yang dilanda ribut di daerah Sik.

“Setakat ini kami dimaklumkan kejadian ribut berlaku di tiga kampung iaitu di Kampung Tanjung Sik, Kampung Sena dan Kampung Beris Jaya.“Namun, jumlah keseluruhan rumah yang terbabit belum dapat dipastikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Miss Universe M'sia says 2017 winner James' remark on US protests offensive Pageant organiser Miss Universe Malaysia condemns controversial remarks by former winner over US protests | Malay Mail Change of gov't an opportunity to rebuild economy from scratch - expert

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2020 @ 9:59 PM Read more: Harian Metro »

innalillah.. memang bahaya rehat bawah pokok time ribut petir.. 😥 Innalillahiwainnailaihirojiun.. Al fatihah إنا لله وإنا إليه راجعون. اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Go online, PM tells eligible BPN recipients yet to receive aidKUALA LUMPUR: Those eligible for Bantuan Prihatin Nasional (BPN) but yet to receive the government aid may do so online, Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

People missing from IRB records can re-apply for BPN aid | The Malaysian InsightPrime minister says applicants can register through the board’s website.

Rosmah 'eligible' for BPN aid, but not NajibChecks via the IRB’s website confirms that wife of ex-premier is 'approved' to receive the financial handout. syahredzan Rakyat set Rambut Satu kali Rm1,200.00 pun layak ke?

8.3m households, singles to receive BPN aid from todayCORONAVIRUS | Cash handout will bring relief for many, esp daily wage earners, B40 and those with salary issues.

8.3 million households, singles to receive BPN aid from Monday (April 6)KUALA LUMPUR (Bernama): About 8.3 million households and singles are set to enjoy the first phase of the Bantuan Prihatin Nasional (BPN) aid in stages beginning Monday (April 6). Even Rosmah gets it. Zafrul tidur ke ?

BPN aid helps put food on the table for hard-hit farmersJITRA: Farmers who depend solely on the sale of their crops are among the hardest-hit by the March 18 movement control order (MCO).