'Tidak hidup mewah, tidak kejar kekayaan' - Namron - Utusan Digital

'Tidak hidup mewah, tidak kejar kekayaan' - Namron

17/10/2021 8:36:00 AM

“Pernah sebelum ini saya dimalukan seorang penerbit di hadapan wartawan dalam satu sidang media.'

'Tidak hidup mewah, tidak kejar kekayaan' - Namron

Pelakon hebat, yang jadual kerjanya mungkin kembali padat lebih-lebih lagi sementelah aktiviti penggambaran mula dibenarkan setelah lama ‘ditidurkan’ dek pandemik yang membimbangkan.Sangkaan penulis ternyata salah. Namron, mudah memberi kerjasama, menerima undangan untuk menjayakan sesi fotografi di pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. dengan tangan terbuka.

Dr M: 'Arrogant' Pua behaved like a minister during Harapan administration Sanusi 'most uncivilised' of all MBs: Puad Alcohol sale not an issue in Sarawak - SUPP president

Tidak dinafifikan, aura dibawakan pelakon dan pengarah ini cukup besar. Kehadirannya ke pejabat Mingguan Malaysia menceriakan suasana. Orangnya tidaksombong, malah sedia melayani permintaan untuk diajak bergambar bersama.Penulis ketepikan dahulu soal buka baju dan satu juta followers yang terkait dengan nama pelakon ini, baru-baru ini. Yang ingin penulis korek lebih dahulu adalah tentang cerita kehidupan seorang Shahili Abnan.

Luah Namron, pada usia menginjak 51 tahun, tiada apa lagi yang dikejarnya. Tidak kekayaan, populariti, penganugerahan mahupun kemewahan.“Saya tidak hidup mewah, tidak kejar kekayaan. Pegangan saya, kalau Allah SWT bagi sesuatu, saya terima. Soal kehidupan atau pekerjaan, saya serah semua kepada- Nya. Itu prinsip saya pegang sekarang ini. headtopics.com

“Saya datang ke sini pun kerana Allah SWT, saya bercakap dengan awak pun kerana Allah SWT. Saya tiada daya. Kerana Dia saya boleh berlakon. apa yang saya lalui hari ini, atas izin-Nya.“Kalau Allah berkehendakkan saya bekerja untuk filem, saya serahkan urusan itu kepada-Nya. Dia akan bagi sebab- sebabnya untuk saya buat sesuatu itu,” katanya.

Jawapan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) ini bagaikan satu tamparan yang menyedarkan.Katanya lagi, konsep tawakal yang didakapnya cukup erat menjadi bekalan untuk menjalani kehidupan, sama ada sebagai orang biasa mahupun anak seni yang disegani bakatnya.

“Istikharah itu saya letakkan dalam setiap sudut. Saya percaya, semua atas kehendaknya. Kalau tidak, waima berjalan, bercakap pun tidak mampu. Inilah pegangan hidup yang saya sedari sekitar dua tiga tahun lalu,” ceritanya lagi.Bapa kepada tiga orang anak ini mengakui, kehidupan dahulu penuh kegelapan. Katanya, dia muak dengan hidup yang tiada ketenangan, dibelenggu masalah dan serba kekurangan.

“Hidup dahulu tak gembira, sentiasa merasakan tidak cukup. Sentiasa mengejar, mencari perkara yang tak pasti. Sebabnya, keakuan dalam diri itu menebal. Jadinya, hidup rasa serba tak cukup.“Tetapi, tanpa kegelapan, tak akan nampak cahayanya. saya dahulu bukan baik sangat. Di rumah, ada sahaja masalah, bergaduh dengan isteri. Duit tidak pernah cukup, kerja ada tetapi duit kurang. Ambil projek lakonan tanpa henti, tapi tak kaya. headtopics.com

Paul Yong ordered to enter defence in rape case Where is Najib? Why is he not in court? Judge orders proceedings to continue in the afternoon GE15 will be Malaysia's most important election, says Dr Mahathir | The Malaysian Insight

“Akhirnya saya sedar, semua kerana ‘keakuan’ itu masih menebal. Saya lupa Allah SWT sahaja tentukan. Dia yang ubah skrip kehidupan hamba-Nya. Bila saya amalkan itu, Alhamdulillah hidup tenang,” ujarnya.Penularan Covid-19 yang membelenggu dunia ketika ini memberi kesan kepada ramai orang. Tetapi, bagi Namron urusannya telah dipermudahkan.

“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, tawaran lakonan langsung tiada. Tetapi, duit simpanan itu sentiasa cukup. Jadi, saya tidak susah hati.“Sebab itu saya katakan, kesedaran mengenali Tuhan itu bagi saya mahal harganya. Bila tak ada duit, rezeki itu datang, Allah SWT hantar.

“Saya bersyukur semua ini berlaku. Dulu, tanpa kesedaran itu, solat pun dalam keadaan tak tenang. Tak tahu rahsia solat itu apa,” jelasnya.Buka baju, sinikal sebenarnyaBARU-BARU ini, nama pelakon ini disebut-sebut setelah tular satu rakaman video tidak berbaju yang dimuat naik di Instagramnya tidak lama dahulu.

Apabila ditebak soalan tentang itu, Namron membuka cerita di sebaliknya. Katanya, tindakan itu adalah satu bentuk ‘teguran halus’ kepada pihak yang berkiblatkan populariti semata-mata, sehingga menolak jauh bakat dan kualiti kerja seorang pelakon.“Saya lantang dalam menyuarakan apa-apa isu, namun dengan cara saya sendiri. Contohnya, isu satu juta followers yang bukanlah bukan isu baharu. headtopics.com

“Pernah sebelum ini saya dimalukan seorang penerbit di hadapan wartawan dalam satu sidang media.“Ceritanya, penerbit tersebut secara terbuka menyatakan saya bukan pilihannya untuk menjayakan telefilem terbitannya pada ketika itu. Alasannya, dia mahukan yang lebih popular, yang ada pengikut ramai di media sosial.

“Apabila wartawan minta pendapat saya ketika itu, saya balas dan sifatkandia penerbit yang malas, pilih jalan mudah dengan bersandarkan populariti semata-mata untuk menjual filemnya,” dedahnya.Kata Namron lagi, dia tidak sepenuhnya bersetuju apabila ada penerbit atau stesen televisyen yang meletakkan syarat populariti untuk pemilihan pelakon. Katanya, bakat dan kualiti kerja itu harus diletakkan di atas.

Tony Pua refutes Dr Mahathir’s claims he interfered in govt business | The Malaysian Insight M'sia doesn't need to revive HSR project now, says Dr M Covid-19: All Thaipusam, Chingay processions not allowed, says National Unity Minister

“Karya seni yang akan membuatkan pelakon itu popular. Contoh terdekat, drama bersiri Squid Games yang baru-baru ini mencipta fenomena.“Sebelum ini orang tak kenal pun siapa pelakonnya. Jadi apabila timbul isu satu juta followers baru-baru ini, saya bersuara dengan cara saya sendiri.

“Bagi saya, saya hanya sinikal, menegur penerbit sedemikian. Mereka perlu tahu, bakat juga harus diutamakan, bukan sekadar jumlah followers di media sosial,” tegasnya.Teliti dalam memilih watakNAMRON seorang pelakon yang ‘wujud’ dalam liga tersendiri. Penulis tanyakan kepadanya, bagaimana dia menjaga nama, lebih-lebih lagi dalam industri yang mengalami evolusi saban tahun ini.

“Sebagai pelakon, saya akan jaga dari sudut penceritaan dan lebih teliti dalam memilih watak yang saya lakonkan.“Cerita sampah akan memberi kesan kepada saya. Yang buruk akan dilihat pada saya. Jadi, saya tak boleh main ambil sahaja,” katanya.Apabila disoal tentang impian sebagai pengarah pula, Namron menjelaskan jika diberi peluang, dia ingin mengarahkan sebuah filem dengan kos pembikinan yang besar.

“Setakat ini semua filem arahan saya dibuat dengan kos rendah. Saya dah tak larat nak buat macam itu. Kalau boleh, saya nak arahkan filem dengan peruntukan besar.“Cerita pun tak perlu lah epik, saya lebih suka jalan cerita yang dekat dengan masyarakat, yang menyentuh realiti kehidupan setiap hari. Tapi dananya besar.

Read more: Utusan Online »

Khairy: SOPs will be tightened for Sarawak election after country records first Omicron case

PETALING JAYA: In light of the Omicron variant detected in Malaysia, the Health Ministry will tighten the standard operating procedure (SOP) for the Sarawak election.

Tidak galak bermalam di kawasan pantai Port Dickson - Utusan DigitalYang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, ia bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku termasuk kejadian kecurian dan gangguan seksual.

Arab Saudi beri kelonggaran tidak perlu pakai pelitup muka - Utusan Digitalkecuali di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah

Alasan ejen minta bersauh tidak diterima Maritim Malaysia - Utusan DigitalKapal kargo yang berdaftar di Panama dikendalikan oleh 24 kru warga China, Indonesia dan Vietnam berusia di antara 18 tahun hingga 58 tahun, mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Ahli Parlimen Britain maut ditikam berkali-kali oleh suspek tidak dikenali - Utusan DigitalSuspek sudah ditahan dan polis turut menemukan pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam Amess Kat malaysia bila laa… Elok Dalam Malaysia buat macam tu.babi mana Yang menyusahkan rakat merosak negara,elok bagi mampus je

Muda tidak bermakna hebat - Utusan DigitalMuda tidak bermakna hebat tua pun tidak bermakna hebat

Solskjaer tidak 'takut' dengan Ronaldo | Harian Metrobolatime manchester Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, beliau tidak tertekan untuk membuat keputusan berhubung Cristiano Ronaldo jika dia beranggapan pemain bintang Portugal itu sepatutnya diketepikan. Ketepikan, letak Fred, Matic, McTominay