Tasbih dari ayah

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 114 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 49%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tasbih dari ayah

Seharian berada di pangkalan tidak membuatkan Meon jemu walau sesaat. Burung-burung camar terbang rendah dan sesekali hinggap di atas kayu-kayu pangkalan yang reput. Meon tidak peduli walau apa pun terjadi. Pernah Meon diminta duduk di dalam hujung warung kopi Pak Hassan, namun Meon berkeras tidak mahu meninggalkan pangkalan itu. Orang kampung bukan mahu menyibuk tetapi gusar sesekali melihat Meon yang duduk berteleku di atas kayu reput di pangkalan.

“Sudahlah Halim. Biarkan dia. Biarkan dia melampiaskan rindu yang tak tertahan itu. Siapa kita hendak menghalangnya?” Pak Hussin membetulkan kopiah putih di atas kepala. “Eh! Boleh, boleh sangat Pak Hussin. Ini kan Halim. Jangan risau saya akan usahakan,” Halim mendabik dada.Mata Halim bersinar. “Kenduri? Elok sangat itu,” bibir Halim senyum meleret membayangkan masakan kenduri. Lama benar dia tidak makan percuma. Apabila dijemput kenduri, boleh juga jimat duit poket. Halim mengangguk.“Hari Jumaat?” Mata Halim terbuntang.

Suasana kenduri kesyukuran tersebut agak meriah. Jemaah masjid masing-masing menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Pelbagai jenis juadah yang menjadi hidangan kenduri kesyukuran itu. Langkah kaki Meon membawanya ke pangkalan. Dia duduk dan menyandar tubuh ke tiang kayu usang. Hari ini Meon sangat sunyi. Tiada kedengaran bunyi enjin sampan yang pulang. Setiap Jumaat, nelayan tidak ke laut bagi menghormati Jumaat dan juga hari untuk mereka beristirahat bersama keluarga. Meon membuang pandang melihat ombak beralun. Sesekali juga terasa kayu-kayu berkeriut menahan gelora ombak yang datang. Ada kayu yang sudah ditelan ombak laut yang datang.

Sudah seminggu berlalu, Mak Timah masih bersedih menangisi kehilangan Meon. Biarpun Meon akalnya tidak sempurna, namun Mak Timah tahu, Meon tidak akan membuat perkara dilarang agama. Kawasan rumah Imam Jusoh dipenuhi penduduk kampung. Ada yang bersimpati dengan nasib Mak Timah dan ada pula tidak kisah. Sudahlah kehilangan suami beberapa tahun lalu. Sekarang nasib Mak Timah berduka lara lagi apabila Meon satu-satunya anak tunggal menghilang entah ke mana. Apalah nasib bagi wanita lemah yang hidup sebatang kara sepertinya. Hilang tempat bergantung harap dan tempat mencurah kasih. Air mata Mak Timah tidak tertahan-tahan.

“Mak..Mak..” terasa lembut bahu Mak Timah disentuh seseorang. Mak Timah membuka matanya perlahan dan melihat empunya diri yang berdiri di hadapannya. Mak Timah menerpa bangun dan memeluk erat tubuh itu. Bergegar tubuh Mak Timah mengongoi bagai anak kecil yang kehilangan ibu. Begitulah Mak Timah ketika itu. Perlahan-lahan Mak Timah memandang wajah di hadapannya. Dia mengelus rambut dan mengelus wajah yang dirindui selama ini.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pasu rustik dari bekas aiskrim dan kotak terpakaiPenggunaan pasu yang cantik dan eksotik juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan suasana sekaligus meminimakan gubahan bunga.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

1,000 anggota PBT seluruh negara sertai Kayuhan MALA - WCE 2022LUMUT: Kira-kira 1,000 pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dari seluruh negara menyertai program Kayuhan Basikal Persatuan PBT Malaysia (MALA) - Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) 2022 pagi ini. Ok lah tu. Nanti adalah peruntukan makan minum tu
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta dari UKSB | The Malaysian InsightPresiden Bersatu ulas dakwaan bekas pengurus pentadbiran UKSB dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Duit cash. Susah la nak bukti. How to educate sheeple
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Pesakit mental ingin bunuh diri berjaya dipujuk bombaMELAKA: Niat seorang wanita untuk membunuh diri gagal apabila pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berjaya memujuknya dalam kejadian di Jalan Hang Tuah di sini, petang semalam.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

200 basikal klasik berhimpun di MelakaPengerusi program, Roslan Mohd. Salleh berkata, kayuhan anjuran bersama Kelab Asamboi Bikers dan Kelab Basikal Klasik Bukit Rambai itu juga turut disertai pemilik basikal klasik dari Si­ngapura, Thailand dan Indonesia.
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »

Kedah semakin diyakini pelaburKedah berada dalam landasan yang betul untuk terus berkembang dan menikmati kemajuan dari segi ekonomi apabila nilai pelaburan yang diluluskan ke negeri ini sudah mencecah RM20 bilion menjelang suku kedua tahun ini. Btoi dahhh tuuu In Sha Allah...2025 kita bakal jadi...G7 +1 ...
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »