Tumpat, 'Malaysia', 'Kelantan', 'Tumpat', 'Syazwan Najmi Zulkarni'

Tumpat, 'Malaysia'

Takkan serah anak kepada orang lain

#Tumpat 'Sejak arwah isteri meninggal dunia sehingga ke hari ini masih ada individu yang meminta seorang atau kedua bayi kembar saya untuk dijadikan anak angkat tapi sangat mustahil untuk tunaikan,' kata Syazwan Najmi Zulkarni

3/7/2020 6:22:00 AM

Tumpat 'Sejak arwah isteri meninggal dunia sehingga ke hari ini masih ada individu yang meminta seorang atau kedua bayi kembar saya untuk dijadikan anak angkat tapi sangat mustahil untuk tunaikan,' kata Syazwan Najmi Zulkarni

“SEJAK arwah isteri meninggal dunia sehingga ke hari ini masih ada individu yang meminta seorang atau kedua bayi kembar saya untuk dijadikan anak angkat tapi sangat mustahil untuk tunaikan,” kata Syazwan Najmi Zulkarni, bapa kepada bayi kembar perempuan yang kematian ibu akibat komplikasi selepas bersalin.

Siti Rohana Idris[email protected]"SEJAK arwah isteri meninggal dunia sehingga ke hari ini masih ada individu yang meminta seorang atau kedua bayi kembar saya untuk dijadikan anak angkat tapi sangat mustahil untuk tunaikan," kata Syazwan Najmi Zulkarni, bapa kepada bayi kembar perempuan yang kematian ibu akibat komplikasi selepas bersalin.

Please drop charges against Betty, she is not Rosmah 2.0, pleads father-in-law Pemilik gerai tahan lelaki bergelang kuarantin Gunung berapi Sinabung meletus

Bapa muda berusia 23 tahun itu berkata, permintaan itu sama ada secara berseloroh atau serius kerap diujarkan terutama dalam kenalan yang tidak mempunyai zuriat atau simpati dengan nasib si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini sudah mencecah usia tiga bulan.

Syazwan Najmi berkata, tidak mungkin permintaan itu akan ditunaikan kerana bayi kembarnya itu adalah amanah yang ditinggalkan arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23 sekaligus menjadi satu-satunya 'bukti cinta' mereka."(Arwah) isteri meninggal dunia selepas melahirkan Safiya dan Sofiya, mana mungkin untuk saya serahkan mereka kepada orang lain.

"Sekarang pun kalau saya pergi kerja, sekurang-kurangnya tengah hari saya akan pulang ke rumah mentua di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor untuk menjenguk mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pak Keral, Tumpat ketika majlis akikah puteri kembarnya, semalam.

Akhbar sebelum ini memaparkan kisah pilu yang menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nyawa sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Syazwan Najmi berkata, memandangkan dalam adik-beradiknya tujuh orang yang kesemuanya lelaki, sudah pasti kehadiran dua kembar perempuan itu menjadi penyeri dalam rumah mereka."Buat masa sekarang bayi kembar saya ini dijaga keluarga mentua yang tinggal tidak jauh dari rumah memandangkan saya perlu bekerja bersama ibu dan bapa di kantin Hospital Tumpat," katanya.

Ketika ditanya sama ada bersedia untuk mencari pengganti, Syazwan Najmi berkata, urusan itu diserahkan kepada Allah SWT malah tidak terlalu memfokuskan kepada perkara itu sebaliknya keutamaannya adalah untuk membesarkan bayi kembarnya."Walau sudah tiga bulan berlalu, saya masih tidak mampu berlama dalam bilik tidur kami kerana segenap sudut wajah arwah isteri akan muncul.

Ayie Floor88 labur RM90,000 buka kafe Kluster Sivagangga: Hanya tiga negeri terbabit Bantuan RM1 juta untuk Lubnan

"Saya pun tidak jamin mampu kekal berseorangan membesarkan dua anak ini kerana sudah pasti mereka perlukan kasih sayang seorang ibu malah keluarga saya dan mentua juga tidak menghalang."Bagaimanapun buat masa sekarang biarlah saya besarkan dua kembar ini terlebih dahulu lebih-lebih lagi ingatan terhadap arwah isteri masih kuat," katanya sambil memberitahu masih mengunjungi pusara isteri di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil setiap Jumaat.

Read more: Harian Metro »

'Takkan ada perkara berbangkit!' - Azlee KhairiPELAKON, Azlee Khairi yakin takkan ada perkara berbangkit akan timbul di antaranya dan bekas isteri, Dayang Norlelawati Puteh, 36, selepas dia mendedahkan status sebagai duda.

Bina rumah berdikit-dikit sejak 4 tahun lalu Tumpat Sudah empat tahun rumah yang dihuni warga emas bersama dua anak di Kampung Dalam Rhu, Tumpat tidak siap berikutan kekangan kewangan yang dialami.

Elak kemaluan melakukan perkara haramaddin Antara cara untuk mensyukuri nikmat anggota ini adalah menjaganya daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat dan mengeluarkan air mani selain daripada tangan dan jari isterinya sendiri

Beri laluan kepada orang muda, timbalan presiden Umno seru orang lamaMohamad Hasan berkata sekarang masanya untuk mendakap idea baru bagi mengharungi cabaran ekonomi dan politik zaman baru. FMTNews UMNO TokMat

NUTP mohon cuti sempena Aidiladha ditimbang semula | The Malaysian InsightUntuk memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung, kata Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock.

'Takkan ada perkara berbangkit!' - Azlee KhairiPELAKON, Azlee Khairi yakin takkan ada perkara berbangkit akan timbul di antaranya dan bekas isteri, Dayang Norlelawati Puteh, 36, selepas dia mendedahkan status sebagai duda.