TAIPEI: Tentera udara Taiwan menangguhkan latihan tempur pesawat F-16 selepas salah sebuah model jet pejuang yang dinaik taraf baru-baru ini, terhempas ke laut.
Jet F-16V, model paling canggih dalam pesawat Taiwan dilaporkan terhempas di laut Dongshi, kira-kira 2.3 kilometer dari Pangkalan Udara Chiayi, selatan Taiwan. Lapor CNN, Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan jet pejuang F-16V hilang dari radar setelah berlepas dari Pangkalan Udara Chiayi untuk misi latihan.Menurut Rescue Command Centre Taiwan, beberapa saksi melihat jet pejuang itu terhempas ke laut serta helikopter dan kapal dikerahkan untuk mencari juruterbang pesawat berkenaan.
Sementara itu, Inspektor Jeneral Tentera Udara, Liu Hui Chien memaklumkan pesawat pejuang tersebut baru sahaja dinaik taraf kepada versi ‘V’ yang dilengkapi sistem senjata dan avionik baharu. – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: NST_Online - 🏆 17. / 53 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »