Syarikat dalam kes rasuah Zahid tidak jalan perniagaan, tapi keluar masuk duit - saksi

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 30 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 15%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur 'Daripada penilaian kewangan, saya dapati keluar masuk akaun (duit) terlalu aktif dengan jumlah yang agak besar. Merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat ini terbabit dalam perniagaan pertanian dan jualan kain.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , Mohd Zamri Abdul Rashid, 36, berkata, hasil siasatannya, syarikat Berani & Jujur Trading, yang berdaftar di sebuah unit apartment, tidak menjalankan apa-apa perniagaan dan tidak mempunyai pekerja.

Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, membabitkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi. Kesemua cek berkenaan diperoleh tertuduh melalui Junaith Asharab Md Shariff, menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu akan membantu syarikat Mastoro mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.