'Superman' dihukum jalani khidmat masyarakat 120 jam

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 66 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 30%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

kualalumpur Dua lelaki masing-masing diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala 'Superman', Mei lalu.

DUA lelaki masing-masing diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, hari ini kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala 'Superman', Mei lalu.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Amirul Ikmal Abdul Sham, 20, dan Muhammad Zahiruddin Anuar, 19, selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway , Kuala Lumpur antara 12.20 tengah malam dan 2.23 pagi, 20 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh itu yang juga pekerja restoran makanan segera, juga diperintah membayar cagaran RM2,000 dengan seorang penjamin, selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.Mereka didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu, selama dua tahun.

Terdahulu, mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum, manakala Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada mereka. Berdasarkan fakta kes, kedua-dua remaja itu ditahan selepas pihak polis yang melakukan 'Op Samseng Jalanan' di Lebuhraya DUKE, telah membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit telah ternampak sekumpulan penunggang motosikal membuat aksi superman, dengan merapatkan dada di tempat duduk motosikal sambil meluruskan kaki ke belakang.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Duo get 120 hours community service over m-cycle stunt | The Malaysian InsightYouth pull off ‘Superman’ manoeuvre on Duta-Ulu Klang Expressway.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Duo get 120 hours community service over m-cycle stunt | The Malaysian InsightYouth pull off ‘Superman’ manoeuvre on Duta-Ulu Klang Expressway.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Padah ugut ibuAKIBAT mengugut ibu dengan parang, penoreh getah dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »

Siasatan kes terowong bawah laut tumpu keputusan exco, kata KM | The Malaysian InsightChow Kon Yeow disiasat lebih empat jam ketika tampil ke pejabat SPRM Pulau Pinang.
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »

Ketua NGO disoal siasat polis berkait catatan FB ke atas imigresenHeidy Quah memberikan keterangan kira-kira 2 jam di ibu pejabat polis daerah Putrajaya. FMTNews HeidiQuah RefugeeForRefugees
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »

Jel 12 bulan tipu skim pelaburanbahau AKIBAT menipu dalam skim pelaburan, seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol, hari ini.
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »