Sumbangan imam syafie dalam bidang hadis

  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 47 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Addin Imam as-Syafie atau nama sebenarnya Muhammad bin Idris as-Syafie (wafat 204H) adalah seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Imam as-Syafie terkenal dengan gelaran Nasir as-Sunnah kerana pegangannya yang teguh terhadap hadis. Dr Rif'at Fauzi Abd al-Muttalib berusaha menghimpunkan semua hadis riwayat Imam as-Syafie daripada pelbagai sumber termasuk kitab al-Umm. Beliau mendapati jumlah hadis dan athar yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafie berjumlah 4,663.

Kitab beliau, Ikhtilaf al-Hadith pula adalah kitab pertama yang dikarang mengenai ilmu mukhtalif al-hadith. Kitab ini membincangkan hadis yang secara zahir bercanggah antara satu sama lain namun dapat dirungkaikan melalui kaedah jam, kaedah tarjih atau kaedah naskh. Kitab Sunan as-Syafie adalah kitab karangan beliau sendiri. Fakta ini berdasarkan kajian dan penelitian yang dikemukakan oleh Dr Khalil Ibrahim Mulla Khatir. Pihak yang mendakwa kitab Sunan as-Syafie sebenarnya adalah susunan Imam Abu Ja'far al-Tahawi dapat ditolak kerana bertentangan dengan banyak bukti ilmiah.

Terdapat banyak fakta yang menunjukkan periwayatan kitab as-Sunan ini oleh murid Imam as-Syafie seperti Qahzam bin Abdullah al-Aswani, Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Hakam, Harmalah bin Yahya at-Tajibi, Abu Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani, al-Hasan bin Muhammad bin as-Sabbah az-Za'farani dan ar-Rabi' bin Sulaiman.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.

MashAllah

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.