Sukar dapat zuriat

Wm

#WM Pakar itu berkata, kebanyakan lelaki mengalami masalah sperma tidak berkualiti disebabkan faktor merokok, bekerja di tempat yang mempunyai pencemaran bahan kimia dan radiasi, kegemukan dan diabetes.

Wm

3/24/2020

WM Pakar itu berkata, kebanyakan lelaki mengalami masalah sperma tidak berkualiti disebabkan faktor merokok, bekerja di tempat yang mempunyai pencemaran bahan kimia dan radiasi, kegemukan dan diabetes.

ISU kesukaran mendapat zuriat dalam perkahwinan bukan sesuatu yang baru. Terdapat juga pasangan yang menunggu lebih sedekad untuk menimang cahaya mata. Tidak terkecuali, membabitkan kes sehingga seumur hidup tidak dapat menikmati kemanisan menjadi ibu dan bapa.

Mungkin wujud persepsi apabila satu pasangan itu gagal mendapatkan zuriat, ia disebabkan wanita sahaja yang kadangkala meninggalkan bahasa kesat iaitu mandul. Hakikatnya, sekiranya kegagalan satu pasangan itu mendapat zuriat ia bukan disebabkan wanita semata-mata. Dikatakan sebanyak 30 peratus disebabkan masalah suami, 30 peratus lagi isteri sementara 40 peratus berikutan masalah yang dihadapi kedua-duanya. Pakar Obstrektrik, Sakit Puan dan Kesuburan Metro IVF, Dr Pravin Peraba berkata, peratusan itu adalah hasil kajian yang dilakukan akar kesuburan dan lelaki seharusnya lebih terbuka untuk membincangkan masalah itu. Katanya, jika di dalam alam perkahwinan seharusnya kedua-dua pihak perlu saling memahami kehendak untuk mempunyai zuriat dan berusaha dengan cara perubatan yang betul. “Dalam kajian pakar kesuburan di negara ini, lelaki di Malaysia secara purata mampu mengeluarkan 80 juta hingga 90 juta sperma di dalam air mani mereka. Bagaimanapun, hanya sekitar 10 hingga 14 peratus yang berupaya membentuk embrio selepas bercantum dengan ovum. “Jadi, apabila berlaku masalah sukar mendapat zuriat, suami jangan merasakan perkara itu hanya disebabkan si isteri kerana meskipun mereka menjalani gaya hidup yang baik seperti kerap ke gimnasium dan memakan makanan berkhasiat, tetapi ia belum tentu dapat melahirkan sperma berkualiti,” katanya. AIR mani suami dianalisis bagi memastikan tahap kualiti. FOTO Amiruddin Sahib Sperma yang berkualiti mempunyai bentuk kepala, leher dan ekor yang sempurna. Dalam jutaan jumlah sperma yang dihasilkan bukan semua mempunyai bentuk yang baik untuk bercantum dengan ovum. Selain itu, jika ada yang melihat bahawa jumlah pengeluaran dan pancutan air mani menjadi penanda aras kesihatan sperma, ia juga tidak tepat kerana perkara paling utama ialah mempunyai sperma yang berkualiti. Pakar itu berkata, kebanyakan lelaki mengalami masalah sperma tidak berkualiti disebabkan faktor merokok, bekerja di tempat yang mempunyai pencemaran bahan kimia dan radiasi, kegemukan dan diabetes. “Jika mereka mempunyai masalah untuk mempunyai kualiti sperma yang baik, kita akan berikan si suami ubat untuk dimakan dan kemudian pakar akan membuat pemeriksaan lanjut mengenai kualiti sperma mereka secara klinikal. “Bagaimanapun, perkara paling terbaik ialah suami perlu bijak mempunyai gaya hidup dan persekitaran kerja baik sekiranya mereka ingin mempunyai kualiti sperma baik termasuk perlu berhenti merokok,” katanya. Tanda aras bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan boleh dilihat dalam tempoh setahun kerana pakar itu berpendapat 80 peratus pasangan yang berkahwin sudah mampu mempunyai embrio dalam tempoh setahun perkahwinan. Dalam saringan kesuburan organ kesuburan wanita iaitu rahim dan kilang telur (ovari) akan diperiksa melalui ujian ultrabunyi sebelum analisis air mani dilakukan untuk melihat tahap kesihatan sperma suami. Katanya, sekiranya seorang isteri itu didapati mengalami masalah seperti kesukaran untuk embrio melekat di rahim, suami perlu memainkan peranan penting untuk menyokong emosi wanita itu kerana tekanan juga menjadi satu sebab sukar untuk proses mendapatkan zuriat. “Disebabkan itu, dalam tempoh rawatan kesuburan pakar menggalakkan pesakit wanita berkenaan untuk mengambil cuti kerja bagi memastikan tidak berlaku tekanan. “Meskipun tekanan adalah subjektif, tetapi setiap individu tahu mengenainya. Sebaik-baiknya sebagai suami perlu menjadi pendorong dari segi emosi yang baik kepada pasangan mereka,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 6:30 AM Berita Berkaitan Read more: Harian Metro

Aik,lelaki jer ker yg salah,perempuan Rezeki Aku isap rokok dari umur 18 tahun. 6 anak pun. Akak tu stress? Meh sini. boleh take down tak gambar ni,tu gambar wife saya,mana ada saya ada masalah sperma tak berkualiti,ada je anak 3 orang ni Hai, saya xmerokok dan vape🤸 Baru lepas gugel la akak tu... Merokok? Org zaman dulu kuat rokok anak semua doktor, engineer, menteri dan segala2nya. Nenek pun merokok sama.

Tidak benar China derma 10 juta topeng, Putrajaya jual pada harga siling, kata WeeWee berkata, perbuatan fitnah mendakwa China menderma 10 juta topeng pada saat negara berdepan waktu sukar tidak boleh diterima. FMTNews TopengMuka Customs redtapes for the competition, monopoly license by Pharmaniaga. Jangan layan kritikan PH tu.

Covid19 - 'Bawa kami pulang ke Malaysia'Belgium “Bawa kami pulang ke Malaysia kerana sukar menghadapi situasi getir ini di negara orang,” luah Syed Izhar Sayed Jamaludin, 37, rakyat Malaysia yang kini berada di Ghent, Belgium. Duduk la dkt belgium jgn balik malaysia lgy malysia tgh kuartin 2 mnggu Tidak sesuai......keadaan agak kritikal sekarang Mesia susoh gi sano,alik sano susoh nok kelik mesia... mu ingat mesia takdok nyakit ko apo?.. Parokk

Dr Mahathir nasihat rakyat Malaysia kekal di rumah | The Malaysian InsightKatanya jika arahan tersebut diingkar, usaha untuk membendung penyakit Covid-19 akan menjadi sukar dan menyebabkan lebih banyak kematian.

Masa eratkan hubungan keluargaPENGUMUMAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan membasmi penularan wabak Covid-19 kepada lebih ramai mangsa di negara ini.

Terima kasih askar barisan depan tabah perangi Covid-19Jika perintah kawalan pergerakan ini tidak berkesan, rakyat Malaysia tidak dapat menyambut bulan Ramadan seperti biasa, bahkan sambutan Aidilfitri pun akan terjejas. FMTNews Covid19Malaysia melayu tak boleh hidul takde bazar ramadhan. ada covid tak le lagi Warriors against the world enemy covid19..May the universe protect the Medical staffs here n all over the world..Good deeds always protects one eventually..chedetofficial DrDzul hannahyeoh fahmi_fadzil KKMPutrajaya WHO

KKM terima 33 juta unit PPEputrajaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya memperoleh stok bekalan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.



Ramadan bazaar issue taken out of context, says FT Minister

Charging into the fray

Vivy Yusof mohon maaf

Ministry moots ‘drive-thru Ramadan bazaars’

Family bonds in isolation

Hanya balas dengan emoji sedih

Dr M says would return to the past to change country’s fate if he had a time machine | Malay Mail

Write Comment

Thank you for your comment.
Please try again later.

Latest News

News

24 March 2020, Tuesday News

Previous news

Bangladesh to free jailed opposition leader Zia | Malay Mail

Next news

Following S Korea, Malaysia ramps up tests to help 'flatten Covid-19 curve'
Tough times for 'Hello Kitty' Endon Preacher Ebit Lew helps family of three to find home 208 new Covid-19 cases reported MOH did what? Ministry’s Twitter admin has a bit of fun with 'Doraemon voice' Cambodian PM to donate seven months' salary to battle Covid-19 Will the MCO be extended? Najib's 1MDB trial to resume on April 15 Seminarians plead guilty to playing football during MCO Case management for Apandi's suit against Kit Siang fixed on April 29 Teacher loses RM60k in April Fool's Day phone scam Ismail says govt aware of issues faced by business community following MCO More than 4,000 individuals detained for defying MCO [NSTTV]
Ramadan bazaar issue taken out of context, says FT Minister Charging into the fray Vivy Yusof mohon maaf Ministry moots ‘drive-thru Ramadan bazaars’ Family bonds in isolation Hanya balas dengan emoji sedih Dr M says would return to the past to change country’s fate if he had a time machine | Malay Mail 4m-long King Cobra 'visits' Miri house during MCO Bazar Ramadan, Aidilfitri di Kedah dibatalkan Bersih concerned over politicians plastering their faces on Covid-19 relief items Terima kasih 'lembaga putih' 'Shoot them dead' - Philippine leader says won't tolerate lockdown violators