SUBANG: Proses pemindahan seorang ulama yang dikenali sebagai ustaz Muhya Rudia menjadi topik perbincangan dalam kalangan penduduk setempat di Subang, Jawa Barat.
Hal ini kerana, keadaan jenazah Muhya masih utuh dan berbau harum biarpun dia sudah meninggal dunia sekitar 17 tahun yang lalu. Seorang daripada murid mengaji Muhya, Ujang Ading menceritakan, ustaz itu mempunyai keperibadian yang sangat baik sepanjang hayatnya. Selain itu, Muhya juga dihormati oleh penduduk setempat dan sering menghabiskan waktu di masjid serta mengajar mengaji kepada semua golongan termasuk warga emas.“Selepas solat, ustaz memberitahu darahnya agak tinggi dan tidak berasa selesa sebelum pengsan dan meninggal di rumahnya,” kata Ujang.
Dalam pada itu, penggali kubur yang bertanggungjawab memindahkan jenazah Muhya, Ace Kosasih memberitahu, keadaan jenazah itu masih baik dan tidak hancur.“Jenazahnya kelihatan seperti sudah diawet dan pemindahan itu dilakukan kerana kawasan kuburnya terletak bersebelahan dengan kandang ternakan kambing biri-biri,” ujarnya.
Allahuakbar..
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: malaysiakini - 🏆 20. / 51 Read more »
Source: staronline - 🏆 4. / 75 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: UMonline - 🏆 27. / 51 Read more »