Semporna, 'Ppm', 'Seludup Petrol', 'Semporna'

Semporna, 'Ppm'

'Stesen minyak' dalam hutan bakau

BEKALAN petrol dibawa sedikit demi sedikit dan dikumpul di hutan bakau sebelum diseludup ke Filipina.

10/9/2019 5:56:00 AM

semporna Bekalan petrol dibawa sedikit demi sedikit dan dikumpul di hutan bakau sebelum diseludup ke Filipina.

BEKALAN petrol dibawa sedikit demi sedikit dan dikumpul di hutan bakau sebelum diseludup ke Filipina.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, berpandukan maklumat risikan, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan ketika serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Pulau Bohey Dulang, Semporna, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.

DBKL gempur premis perniagaan warga asing Abu Bakar Juah meninggal di sisi isteri dan anak-anak Nak riadah tetapi tidak jaga SOP

Katanya, hasil serbuan membawa kepada penemuan kira-kira 800 liter petrol diisi dalam 32 tong masing-masing mengandungi 25 liter setiap satu disembunyikan dalam hutan bakau disyaki untuk diseludup.“Kejayaan serbuan ini adalah hasil pemantauan dan risikan berterusan PPM. Siasatan mendapati suspek memperoleh bekalan petrol sedikit demi sedikit di pekan Semporna sebelum dikumpul di hutan yang sukar dilalui atau dilihat pasukan keselamatan termasuk orang awam,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, walaupun pelbagai taktik dan modus operandi digunakan penyeludup, namun ia tidak menghalang PPM mengesan serta mengekang aktiviti menyalahi undang-undang.Katanya, tangkapan dan rampasan termasuk sebuah bot digunakan untuk memunggah petrol turut dirampas dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM16,164.“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau penjara,” katanya.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 10:44 AM

Read more: Harian Metro »

25 tahun hidup di hutantumpat Seorang lelaki mengalami masalah mental tinggal di sebuah bangsal di dalam hutan di Kampung Dalam di Tumpat, sejak 25 tahun lalu.

Hanya sejengkal daripada ajal“HANYA sejengkal daripada kaki dan kalau saya terpijak jerangkap samar dipasang komunis, mungkin saya sudah tiada,” kata Koperal Amirudin Mat Nai, 75.

Jerebu tak halang bersiar-siar [METROTV]KEADAAN cuaca berjerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di ibu negara tidak menghalang pelancong dan warga tempatan keluar sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

4 kawasan IPU tak sihat di SelangorKualaLumpur Empat stesen di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 malam ini.

5 kawasan di Selangor catat IPU tak sihatshahalam Kualiti udara di lima stesen di Selangor mencatatkan tahap tidak sihat, jam 7 pagi hari ini.

Pengunjung Matta Fair cemas dewan PWTC terbakar | The Malaysian InsightTiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.