Siti Nurhaliza akan berpantang seperti biasa, fokus kembali sihat -

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 31 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 16%
  • Publisher: 51%

Malaysia Headlines News

Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi lelaki semalam berkata, beliau hanya akan berpantang seperti biasa.

PETALING JAYA: Penyanyi tersohor tanah air, Katanya, selain berpantang, fokus kini adalah kepada bayinya dan memastikan mereka berdua sihat. “Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya,” katanya dalam hantaran di facebook. Dalam hantaran itu Siti turut berkongsi gambar bayi lelakinya itu tetapi tanpa menampakkan wajah.

Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. “Apa yang penting bagi saya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar. “Saya dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelahiran anak kedua dalam bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah kepada pasangan itu.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.