Memfokuskan kepada pengeluaran hasilnya yang berkualiti dan tidak menggunakan sebarang input kimia, produk organik biasanya berharga dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding produk konvensional.
Jumlah itu, kata Theeba, terlalu kecil dan dengan peningkatan bilangan ladang yang rendah setiap tahun berbanding negara jiran untuk menampung permintaan produk organik dalam negara. "Serangan perosak dan penyakit pada tanaman berpunca daripada faktor cuaca tidak menentu dan pengurusan perosak serta penyakit kurang cekap antara masalah utama menyumbang kepada pengeluaran hasil yang rendah,"katanya.
"Bersepadu dalam erti lain kami menyarankan penggunaan kaedah integrasi dengan pelbagai komponen sektor industri ini iaitu ternakan, tanaman pelbagai jenis dan agroekologi memastikan pengeluaran hasil yang optimum."Ia juga meminimumkan masalah perosak, rumpai dan kebergantungan 'input' pertanian dari luar. Pengurusan sisa sifar juga membantu dan mengurangkan kos input ladang,"katanya.
Bagaimanapun, kata Theeba, aspek mengenai pilihan tanaman dilihat keutamaan dalam penyelidikan. Malah pihaknya melihat tanaman bernilai tinggi seperti kubis tanah rendah dan cili sebagai fokus berdasarkan permintaan tinggi dalam pasaran selain dilihat membantu petani tanaman organik meraih pendapatan sampingan yang setimpal.
TERNAKAN kambing penting dalam penghasilan kompos atau baja untuk tanaman menerusi sisa najisnya. FOTO: MARDI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: fmtoday - 🏆 5. / 72 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »
Source: msianinsight - 🏆 8. / 63 Read more »
Source: hmetromy - 🏆 26. / 51 Read more »