Sg Ngulang masih boleh diselamatkan tapi ambil tindakan segera, kata aktivis

Tahap pencemarannya didapati tidak seteruk sebagaimana pencemaran yang berlaku di sungai lain, menurut Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Fmtnews, Pencemaran

15/3/2021 5:34:00 AM

Tahap pencemarannya didapati tidak seteruk sebagaimana pencemaran yang berlaku di sungai lain, menurut Persatuan Pencinta Alam Malaysia.FMTNews Pencemaran JAS

Tahap pencemarannya didapati tidak seteruk sebagaimana pencemaran yang berlaku di sungai lain, menurut Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

-March 15, 2021 10:30 AMPihak JAS Perlis telah mengambil sampel air di Sungai Ngulang setelah menerima aduan orang ramai mengenai warna air sungai Sungai Ngulang yang dilihat bertukar menjadi hitam beberapa hari lepas. (Gambar Bernama)KANGAR: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan segera dalam menangani isu pencemaran sungai di negeri ini bagi memastikan bahawa kualiti air sungai kekal pada paras Kelas Satu.

Presiden MNS Dr Ahmad Ismail berkata, isu pencemaran Sungai Ngulang yang dilaporkan tercemar masih boleh diselamatkan memandangkan tahap pencemarannya didapati tidak seteruk sebagaimana pencemaran yang berlaku di sungai lain.“Perlis bernasib baik kerana kualiti air di kebanyakan sungai di negeri ini dikategorikan sebagai Kelas 1 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Indeks Kualiti Air (WQI) berada pada tahap bacaan 92.7 hingga 100.0 selain mempunyai ekosistem yang sihat.

Read more: Free Malaysia Today »

Ismail Sabri meets US president Biden, Asean leaders at White House

WASHINGTON DC: Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob met with United States president Joe Biden and Asean leaders at the White House on Thursday (Friday in Malaysia). Read more >>

Sg Ngulang can still be saved, says green group | The Malaysian InsightPollution at Perlis river not as bad as others, says Malaysian Nature Society.

Teen, nephew feared drowned in Sg Pahang | The Malaysian Insight16-year-old dives in to save boy, 8, but currents carry them both away.

Water quality in Sg Kim Kim can be restored, says environmentalist | The Malaysian InsightState govt needs to immediately stop release of effluent, prevent further pollution, says MNS president.

Sg Kim Kim in Johor can be rehabilitated, says group of nature loversIt says disposal of chemical waste from factories and sewage must stop first. FMTNews SgKimKim

Sg Kim Kim can still be saved, says MNS chiefJOHOR BARU: The water quality of Sungai Kim Kim in Pasir Gudang here, which is said to be very polluted can still be saved and returned to Class One, says Malaysian Nature Society (MNS) president Prof Dr Ahmad Ismail.

By - March 15, 2021 10:30 AM Pihak JAS Perlis telah mengambil sampel air di Sungai Ngulang setelah menerima aduan orang ramai mengenai warna air sungai Sungai Ngulang yang dilihat bertukar menjadi hitam beberapa hari lepas. (Gambar Bernama) KANGAR: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan segera dalam menangani isu pencemaran sungai di negeri ini bagi memastikan bahawa kualiti air sungai kekal pada paras Kelas Satu. Presiden MNS Dr Ahmad Ismail berkata, isu pencemaran Sungai Ngulang yang dilaporkan tercemar masih boleh diselamatkan memandangkan tahap pencemarannya didapati tidak seteruk sebagaimana pencemaran yang berlaku di sungai lain. “Perlis bernasib baik kerana kualiti air di kebanyakan sungai di negeri ini dikategorikan sebagai Kelas 1 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu Indeks Kualiti Air (WQI) berada pada tahap bacaan 92.7 hingga 100.0 selain mempunyai ekosistem yang sihat. “Kelas 1 bermaksud air sungai tersebut selamat diminum dan hanya memerlukan rawatan air yang sangat minimum serta sesuai untuk menjadi habitat hidupan akuatik,” kata beliau ketika dihubungi hari ini. Bernama sebelum ini melaporkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis mengambil sampel air di Sungai Ngulang setelah menerima aduan orang ramai mengenai warna air sungai tersebut dilihat bertukar menjadi hitam beberapa hari lepas. Pihak JAS Perlis telah menghantar sampel air tersebut ke Jabatan Kimia di Alor Setar, Kedah, untuk mengenal pasti punca pencemaran dan tidak menolak kemungkinan bahawa pencemaran berlaku akibat aktiviti industri dan kegiatan penanaman sawah padi yang berada berdekatan di sepanjang sungai tersebut. Ahmad berkata, kerajaan negeri disarankan agar terus memperkasakan perancangan, pemantauan dan penguatkuasaan udang-undang bagi memastikan sungai di negeri tersebut kekal bersih. Justeru, kata beliau, kerajaan negeri dan pihak terlibat perlu memastikan bahawa semua pembangunan dan aktiviti manusia dipantau mengikut undang-undang sedia ada. “Perlu dilihat juga ‘buffer zone’ (zon penampan) jarak antara sawah dan sungai yang boleh menyumbang kepada pencemaran akibat sisa pertanian yang mengalir secara terus ke dalam sungai,” kata beliau. Beliau turut menyarankan agar kerajaan negeri mengawal dan memantau kegiatan pembuangan sampah ke sungai, penerokaan hutan di hulu sungai dan memberi pendidikan secara berterusan kepada masyarakat agar mencintai sungai dan bersama-sama menjaga kebersihan sungai. “Pengalaman tragedi pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor pada 2019 banyak mengajar kita bahawa kos pemulihan sungai lebih besar berbanding kos pemuliharan, malah ia mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya,” kata beliau. Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.